Thursday, January 10, 2008

Salam Maal Hijrah 1429

semoga segala urusan di permudahkan dan di berkati Allah sentiasa

by:
smsaufi

Saturday, January 5, 2008

Buku "Growing Up in Trengganu (GUiT)

Majlis Bicara Buku:

Penulis buku Growing Up In Terengganu, Tuan Wan Ahmad Hulaimi atau Awang Goneng akan bercakap tentang buku beliau seperti berikut:

Tarikh: Isnin 14 Januari 2007

Masa: 3.00 petang - 5.00 petang

Tempat: Bilik Seminar 3, Tingkat 3, Bangunan Human Sciences, Universiti Islam Antarabangsa.

Semua dijemput hadir.

sumber di SINI

by, peja

Ni ulasan buku yang aku dapat dari internet berkalitan dgn buku GUiT
Buku aku dalam perjalanan ke New Zealand sekarang ni.
Kalau sesiapa yang nak beli, kalu nak mudah beli online jer kat Kinokuniya.
Bayar pakai kad kredit dan caj pos cuma Rm6 sahaja ke seluruh Malaysia.

Salam,
Syed M. Saufi

*******************************************************************

Ruangan: Ulasan Buku
Judul buku: Growing Up In Trengganu
Penulis: Awang Goneng
Penerbit: Monsoon Books



WAN Ahmad Hulaimi tinggal di London begitu lama, iaitu lebih separuh daripada usianya yang kini menjangkau 60 tahun. Beliau tiba di England ketika usia remaja untuk belajar di London School of Economics (LSE) pada awal 1970-an.

Hulaimi belajar bidang undang-undang di LSE. Sekembalinya ke Malaysia pada pertengahan tahun 1970-an beliau bekerja sebagai tutor di Fakulti Undang-Undang Universiti Malaya sebelum bertukar kerjaya menjadi wartawan, mula-mulanya sebagai penulis kanan di The New Straits Times sebelum berkhidmat dengan agensi berita Bernama. Pada tahun 1979 beliau kembali ke London dan sejak itu terus-menerus menjadi penulis yang berpengkalan di sana.

Kehidupan di kota London tidak pernah membuatkan Hulaimi melupakan negeri kelahiran, Terengganu.

Tiga setengah tahun lalu, pada usia 57 tahun, beliau memulakan blog Kecek-Kecek dalam Internet untuk menceritakan pengalaman masa kecilnya di Terengganu dan keindahan kehidupan di negeri Pantai Timur itu. Penulisannya berasaskan fakta-fakta yang diperoleh daripada memorinya dan hasil penyelidikannya di beberapa perpustakaan dan arkib di London. Nada tulisan-tulisan itu kadangkala begitu nostalgik.

Dalam Kecek-Kecek, Hulaimi menggunakan nama samaran Awang Goneng.

Secara konsisten sejak 2004 Awang Goneng memperkatakan tentang Terengganu, manusia, bahasa dan sosio-budayanya, khususnya pengalaman pada tahun-tahun 1950-an dan 1960-an ketika Awang Goneng membesar di sana.

Dua bulan lalu, kompilasi tulisan Awang Goneng dalam Kecek-Kecek telah dibukukan oleh penerbit dari Singapura, Monsoon Books, dengan judul Growing Up In Trengganu.

Awang Goneng menceritakan bagaimana dia membesar dalam masyarakat Melayu di Terengganu yang tinggal di sebuah negeri menghadap Laut China Selatan dengan bahasa Terengganu menjadi identiti mereka, dan bahasa itu, menurut beliau, memaparkan falsafah shyness yang juga wujud dalam komuniti puak Indian Wintu di Amerika Utara.

Nama Terengganu itu sendiri, menurut Awang Goneng, tidak digunakan oleh penduduk Terengganu. Orang Terengganu memanggil negeri mereka ‘Trengganu’. Dalam tradisi keluarga Awang Goneng, mereka memanggil negeri itu ‘Teganung’, manakala orang lain memanggilnya ‘Teganu’. Ada juga yang sekadar gunakan ‘Ganu’ atau ‘Gganu’.

Untuk blog Kecek-Kecek dan buku Growing Up In Trengganu, Awang Goneng memanggil negerinya ‘Trengganu’.

Buku setebal 336 halaman itu bukan sebuah buku sejarah tetapi merupakan koleksi tulisan yang amat tajam pengamatan penulisnya tentang nilai-nilai yang membentuk masyarakat Terengganu.

Awang Goneng memulakan kisahnya dengan cerita ibunya, rumah Terengganu, tikar mengkuang, lempok durian dan nasi dagang. Dari halaman ke halaman pembaca kemudian dibawa oleh Awang Goneng mengenali Terengganu dengan cerita-cerita yang jarang kita dengar mengenai Istana Maziah, Bukit Putri, Pantai Teluk, Batu Buruk, Kuala Terengganu, Besut, Bukit Besi, Kuala Manir, Dungun dan banyak lagi.

Dengan kupasannya yang menarik, Awang Goneng juga memperkenalkan karakter-karakter dari Terengganu yang amat dekat dengan hidupnya daripada ibu, bapa, Ayoh Ngoh Pok We, Wan Salleh, Tok Pelam, Wang Mamat, Wang Mang Perahu Besar, Ah Chin Tukang Jahit, Abdullah Al-Yunani, Pok Mat Nasi Minyok, Talib Ahmad Turki, Che Mat Dok Dek, Cikgu Wan Chik, Lay Ling, Chee Seek, Dr. Sunder Raj dan berpuluh-puluh lagi nama yang tidak pernah kita dengar dalam buku-buku lain tetapi menjadi personality yang menyerikan Growing Up In Trengganu.

Ia diindahkan lagi dengan pantun-pantun lama yang digunakan oleh masyarakat Terengganu, antaranya: Bas kompeni, Jatoh dalam lokang; Kelahi laki bini, Berebut kepala ikang. Memandangkan artikel-artikel dalam buku Growing Up In Trengganu asalnya adalah catatan Awang Goneng dalam blog Kecek-Kecek, tulisannya pendek-pendek. Artikel berjudul Doh Nok Wak Guane, misalnya, cuma sepanjang empat perenggan yang hanya memenuhi satu halaman. Keseluruhannya terdapat 131 artikel dalam buku ini selain glosari perkataan-perkataan dalam loghat Terengganu.

Beberapa penyesuaian juga dilakukan. Awang Goneng sendiri mengakui bahawa penulisannya dalam Kecek-Kecek dibuat secara tergesa-gesa, asalnya untuk memenuhi hobinya sebagai penulis. Apabila diterbitkan sebagai buku, beberapa pengubahsuaian dilakukan, misalnya dalam cerita bagaimana pahlawan dari Terengganu, Megat Panji Alam, terkorban di Pahang kerana berebut tunangnya, Tun Teja. Megat Panji Alam mati ditikam dari belakang dalam satu pertarungan yang tidak adil.

Versi Internet dan buku agak sedikit berbeza kerana dalam Growing Up In Trengganu tiada rujukan langsung kepada pahlawan dari Melaka bernama Hang Tuah yang membunuh Megat Panji Alam.

Berbeza dengan penulisan buku lain, sebahagian artikel dalam buku ini adalah hasil interaksi Awang Goneng dengan rakan-rakan yang memberi responds kepada tulisannya dalam blog Kecek-Kecek. Salah seorang yang memberi komen kepada blog itu ialah lelaki bernama Long Ladang yang antara lain menceritakan tentang “buoh-buoh kerekuk, ppisang, setor, setiar, jambu golok, jambu arang, jambu air, jambu butir banyak mminjar dan terajang.”

Menurut Awang Goneng, Long Ladang muncul dalam laman blognya pada bulan April 2005 tetapi apabila Awang Goneng menjemput Long Ladang bertemu dengannya ketika beliau berada di Malaysia, tiada jawapan daripada e-mel Long Ladang. Tidak lama kemudian, daripada seorang pengunjung blok itu yang tidak mahu dikenali, Awang Goneng dimaklumkan bahawa seorang lelaki separuh umur dipanggil Pak Long dari Sedili, Johor telah pun kembali ke rahmatullah.

Di Mekah, Pak Long yang dipercayai Long Ladang menceritakan mengenai penyertaannya dalam laman blog Kecek-Kecek kepada beberapa rakannya ketika mengerjakan umrah.

Awang Goneng menyatakan rasa terharunya kerana tidak berpeluang bertemu dengan Long Ladang. Dia hanya mempunyai gambaran mental mengenai Long Ladang, budak Terengganu yang melalui masa-masa kecil yang begitu menyeronokkan di negeri asalnya.

Melalui bukunya, Awang Goneng alias Wan Ahmad Hulaimi memberikan kita begitu banyak peluang untuk mengenali sosio-budaya Terengganu dan sedikit kesempatan memahami dirinya yang sentiasa nostalgik kepada Terengganu walaupun beliau kini memilih untuk meneruskan hari-hari tuanya di England, yang jauh beribu-ribu batu dari pantai Terengganu yang cantik.

SUMBER: Utusan Malaysia. Isnin 10 Disember 2007 (30 Zulkaedah 1428).

Thursday, January 3, 2008

zakat.. ingat kat kita akan RUKUN ISLAM ke 4 ini?

Kawan2.
Kiralah zakat anda. Sesungguhnya anda membantu orang yang susah dan membantu diri anda sendiri dari menjadi orang2 yang tidak membayar zakat. Saidina Abu Bakar As siddiq suatu ketika dulu (tidak lama selepas Nabi Agong kita Muhammad S.W) memeranggi orang2 yang tidak membayar zakat.

Mudah ajer nak kira.. kick bawah nie…

http://www.e-zakat.com.my/baru/k-zakat/kalkulator_pendapatan.asp

Berhati hati lah bagi orang yang pendapatannya melebihi 20K ++ setahun (org Bujang Laaa kot) . Anda mungkin termasuk dalam golongan yang wajib membayar zakat. Untuk memudahkan anda.. potong gaji bulan.. Boleh isi boring seperti yang di lampirkan.. dapatkan dari Jabatan Kewangan.

Lembaga Zakat Selangor dahulunya dikenali sebagai Pusat Zakat Selangor yang ditubuhkan pada tahun 1994.



"Ambillah (sebahagian) dari harta mereka menjadi sedekah, supaya dengannya engkau membersihkan mereka (dari dosa) dan mensucikan mereka (dari akhlak yang buruk), dan doakanlah untuk mereka, kerana sesungguhnya doamu itu manjadi ketenteraman bagi mereka, dan (ingatlah) Allah Maha Mendengar Lagi Maha Mengetahui." - Surah At-Taubah (ayat 103)



"Dan dirikanlah kamu akan sembahyang serta keluarkanlah zakat dan taatlah kepada Rasul supaya kamu beroleh rahmat". Surah An-Nur (ayat 56)



"Dan (ingatlah wahai Muhammad), Ketika Kami mengikat perjanjian setia dengan Bani Israil (dengan berfirman): Janganlah kamu menyembah melainkan ALLAH, dan berbuat baiklah kepada kedua ibu-bapa, dan kaum kerabat dan anak-anak yatim, serta orang miskin; dan katakanlah kepada sesama manusia perkataan-perkataan yang baik; dan dirikanlah sembahyang serta berilah zakat. Kemudian kamu berpaling membelakangkan (perjanjian setia kamu itu) kecuali sebahagian kecil daripada kamu dan sememangnya kamu orang yang tidak menghiraukan perjanjian setianya." Surah Al-Baqarah (ayat 83)


Dari ayat-ayat di atas, amat jelas tentang kewajipan berzakat dan sesiapa yang mengingkari atau meragui kefarduannya, maka ianya terkeluar dari agama Islam. Sejarah telah membuktikan bahawa Khalifah Abu Bakar telah memerangi orang-orang yang mengingkari membayar zakat. Mereka yang kaya dan berada juga harus menyedari bahawa wujudnya hak orang-orang fakir dan miskin di dalam harta yang mereka miliki.
Terdapat 22 kaunter LZS di seluruh negeri Selangor telah diwujudkan bagi memberi kemudahan kepada pembayar zakat.

DARI SEGI BAHASA
Zakat dari segi bahasa bererti "BERSIH", "SUCI", "SUBUR", "BERKAT" dan "BERKEMBANG"

Pengertian "BERSIH" dan "SUCI" dalam istilah zakat ialah membersihkan harta dan membersihkan diri orang kaya daripada bersifat kedekut dan bakhil. Dalam erti yang lain ialah membersihkan diri daripada sifat dengki dan dendam terhadap orang kaya.

DARI SEGI SYARAK
Zakat dari segi syarak pula ialah mengeluarkan sebahagian harta tertentu diberikan kepada asnaf-asnaf yang berhak menerimanya setelah memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan oleh syarak

HIKMAH DISYARIATKAN ZAKAT
Zakat adalah salah satu daripada rukun Islam yang kelima. Antara hikmah dan tujuan ALLAH SWT mensyariatkan zakat ialah:
Mengagihkan sebahagian kecil kekayaan daripada golongan yang berada kepada golongan yang kurang berada.
Membersihkan diri pembayar zakat.
Membersihkan dan menyuburkan harta pembayar zakat.
Mewujudkan sifat bersyukur terhadap nikmat yang dikurniakan oleh ALLAH SWT di kalangan golongan yang berada.
Mengurangkan perasaan irihati di kalangan yang kurang bernasib baik.
Mewujudkan perhubungan antara hamba dengan ALLAH SWT di samping perhubungan antara manusia dengan manusia.
Memberi peluang kepada golongan hartawan untuk beribadat dalam bentuk mengeluarkan zakat daripada harta mereka.
Mewujudkan kesatuan di kalangan masyarakat Islam dalam urusan ekonomi dan kewangan.
Memberi masyarakat satu cara mengurus ekonomi dan kewangan yang diredhai oleh ALLAH SWT.
Melahirkan rasa tenang dan tenteram dalam hati dan jiwa pembayar zakat.
LZS mempunyai lagunya sendiri yang telah digubal oleh komposer terkenal tanahair iaitu saudara Lokman S. Untuk dengar lagu tersebut, sila LZS>Sejarah dan Profail


Setiap individu yang ingin membayar zakat harus di ambil kira syarat wajib zakat yang perlu difahami dan dipenuhi sebelum membuat taksiran. Syarat-syarat tersebut ialah:

ISLAMZakat hanya dikenakan kepada orang-orang Islam sahaja.
MERDEKASyarat ini tetap dikekalkan sebagai salah satu syarat wajib.
SEMPURNA MILIKHarta yang hendak dizakat hendaklah dimiliki dan dikawal sepenuhnya oleh orang Islam yang merdeka. Bagi harta yang berkongsi antara orang Islam dengan orang bukan Islam, hanya bahagian orang Islam sahaja yang diambil kira di dalam pengiraan zakat.
HASIL USAHA YANG BAIK SEBAGAI SUMBER ZAKATPara Fuqaha' merangkumi semua pendapatan dan penggajian sebagai "Mal Mustafad" iaitu perolehan baru yang termasuk dalam taksiran sumber harta yang dikenakan zakat.
CUKUP NISABNisab adalah paras minimum yang menentukan sesuatu harta itu wajib dikeluarkan atau tidak. Nisab menggunakan nilai emas harga semasa iaitu 20 misqal emas bersamaan 85 gram emas atau 196 gram perak.
CUKUP HAULBermaksud genap setahun iaitu selama 354 hari mengikut tahun Hijrah atau 365 hari mengikut tahun Masihi. Dalam zakat pendapatan, jangkamasa setahun merupakan jangkamasa mempersatukan hasil-hasil pendapatan untuk pengiraan zakat pendapatan.

Aku mencintaimu kerana AGAMA yang ada padamu

“Aku menyintaimu kerana AGAMA yang ada padamu, Jika kau hilangkan AGAMA dalam dirimu, hilanglah CINTAku padamu..” (Imam Nawawi)


Tidak salah menyintai wanita bergelar isteri, selagi mana cinta itu didasari oleh satu makna yang padu: AGAMA. Lantaran Nabi SAW sahaja sudah memperingatkan, agar jodoh itu direalisasikan, dengan menjadikan agama sebagai sandaran dan landasan. Maka demikian agama itu hilang daripada peribadi sang isteri, kecintaanmu padanya juga harus bertukar, agar cintamu tersemai seadanya sahaja.

“Cintailah manusia itu seadanya. mungkin suatu hari kamu akan membencinya .Bencilah manusia itu seadanya, mungkin suatu hari nti kamu akan mencintainya”
(Hadith riwayat at-Tirmidzi)

Demikian pula, tidak salah menyintai karier dan pekerjaanmu, asal saja ia bisa menuntunmu untuk kekal beribadah dan segar bugar keimanan, lantaran perjuangan itu memang memerlukan financial yang utuh dan kepakaran yang jitu, untuk memicu agama kembali kepada keagungannya. Demikian agama itu hilang daripada konteks pekerjaan , hingga saja menyebabkan ibadahmu terhalang, semangat dakwahmu padam, keistiqamahnmu terbelenggu, maka ucapkanlah “selamat tinggat” duhai pekerjaan, lantaran harta mahu pun keluarga tak akan pernah memadamkan dasar pembina mahligai cinta: AGAMA.
Hai orang-orang yang beriman, janganlah harta-hartamu dan anak-anakmu melalaikan kamu dari mengingat Allah. Barang siapa yang membuat demikian maka mereka itulah orang-orang yang rugi.(Surah al-Munafiqun [63];9)

Demikianlah, ketika agama mendasari setiap landasan urusanmu, setiap sendi pergerakanmu, setiap ruas kehidupanmu, setiap sudut ruang berpijakmu, setiap nafas yang menyegarkan tubuhmu, maka tidak ada lagi yang bisa memadamkan maraknya cintamu pada perjuangan ini. Tiada gunung maupun lautan berapi, yang bisa menjadi penghalang antara cinta kita berdua; aku dan dirimu ya Ilahi.
Maka sedarilah kembali keberadaanmu di muka bumi, bak ungkapan puitis seorang Muhammad Iqbal;-
“Aku ragu akan ada dan tiadaku. Namun, cinta mendeklarasikan bahawa aku ada”

Sunday, December 30, 2007

Mini (atau mikro) gathering 2007, smaasza96ers


Lambat sikit jenguk blog..lama cuti kat kampung Felda Selasih dan Pilahdelphia (nama lain Kuala Pilah, NS)..hehe..22 Dis, sabtu lepas jumpa geng-geng yang ’sudi’ join meetup geng-geng Smaasza96ers kat A&W Batu Buruk..mula-mula rasa ’excited’ untuk jumpa geng sekelas macam jaq, jijoe, Napi, Juraini, Junie, Fadzailah, Leha, Nira, Ani, Jijoe, Madi, Robi, Fahmie dll.. sanggup aku batalkan gi kenduri kahwin Suhaimi Abd Razak di Kampung Gong Maksom, Alor Lintah Besut semata-mata dah janji kumpul kat Bt Buruk ( aku gi jugok lah keesokan harinya..takpa..masih fresh lagi pengantin baru...hehe) ...Tapi doh tokleh nok wat ape ahh, kebanyakan ada hal masing-masing last minit!!..akhirnya, 4 orang jer yang available...(Sedang, Merry, Wan Ismail, dan aku)..Nasib baik tak proceed kat Pantai Rhu 10 Setiu!! sekali sekala lepak jumpa kawan lama best jugak!! Nak tgk gambar lain klik SINI!!

#########################################################

Hari Selasa 1 Januari 2008 Kuala Terengganu dinobatkan sebagai salah sebuah bandaraya di Malaysia. Aku sebagai anak jati Terengganu turut rasa bangga walaupun aku ‘make ike dan aye’ di Besut, tak seperti penduduk di daerah-daerah lain yang ‘makang ikang dan ayang’..hehe..jangan mara daaa!!

Tiba-tiba aku teringat lukisan kartun dalam Utusan Malaysia beberapa minggu lepas dalam ruangan Senyum Kambing..dialognya lebih kurang berbunyi, “Tahun depan, Kuala Terengganu dah jadi bandaraya, jawab temannya, Harap-harap penduduknya juga mempunyai minda bertaraf bandaraya”..dalam sungguh maksudnya!!

Selamat Tahun Baru 2008,

Semoga tahun-tahun mendatang akan terus diberkati dan dirahmati Tuhan dan dikurniakan rezeki yang melimpah ruah..Ameenn!!

Friday, December 28, 2007

Selamat Tahun Baru

Salam semua,
memandangkan semua tgh syok bercuti agi, shoutbox pon diam membisu .. xpe .. aku pon kalu ble nk bercuti gak ar .. tp belum tiba masanya lagi .. kije byk wooo (ntah ape la keje yg aku buat aku pon x tau) .. rasa nya masih belum terlambat utk mengucapkan selamat hari raya Aidil Adha .. Nxt wk da tahun baru .. 10 Jan plak Awal Muharram .. so, in advance Selamat Tahun Baru jugak ... jgn lupa setkan azam tahun baru (tak kira lar Hijrah or Masihi) .. tulis besar2 tampal dlm bilik tidur supaya kita sentiasa nampak apa yg kita azam kan dan sentiasa igt utk merealitikan azam kita tu ... fikirkan lah azam yang baik utk diri kita, keluarga, agama & negara .. insyaAllah berkat doa & usaha, azam kita akan menjadi kenyataan ...

kat bawah ni aku cuba nk share few points yg aku bace ... nk jd jutawan RM mungkin belum lagi ar tp at least kalau ada thought mcm ni, oke lar .. da kire jutawan ar tu hiks..

******* ******** ******
Minda Jutawan.

1. Pentingkan diri sendiri dulu sebelum orang lain.
2. Orang kaya menghabiskan hidup mereka membeli harta, orang miskin menghabiskan hidup mereka membeli liabiliti atau tanggungan.
3. Wang bekerja utk orang kaya, manaka orang miskin bekerja untuk wang.
4. Orang kaya mementingkan Ilmu pengetahuan, orang miskin menghabiskan masa dengan hiburan.
5. Orang kaya melihat sesuatu dengan nilai, manakala orang miskin menilai sesuatu dengan rupa dan gaya (apa org lain cakap).
6. Orang miskin membuat / membeli sesuatu yang tidak diperlukan untuk menunjuk kepada orang yang tidak mereka suka, manakala orang kaya sebaliknya.
7. Orang kaya tidak bertangguh, orang miskin mempunyai 1001 alasan utk bertangguh.
8. Orang kaya (bekerja, melabur dan berniaga) orang miskin bekerja utk wang sehingga mati.
9. Orang kaya tidak mengejar wang tapi kesenangan, manakala orang miskin sentiasa mengejar wang dan ianya sentiasa satu langkah dihadapan org miskin.
10. Wang hanya satu tools / alat utk org kaya, manakala bg orang miskin wang adalah satu keperluan.
11. Orang kaya tidak beremosi dengan wang manakala orang miskin sentiasa emotional dengan wang.
12. Orang kaya mengkayakan diri sendiri manakala orang miskin bekerja utk mengkayakan orang kaya.
13. Orang kaya melihat sesuatu masalah sebagai peluang baik manakala orang miskin hanya melihat masalah sebagai satu rintangan.
14. Orang kaya selalu berfikir baik dahulu sebelum buruk manakala orang miskin berfikir buruk dulu sebelum baik.
15. Orang kaya "prepare for the worst and hope for the best" , manakala orang miskin "always hope for the best".

Friday, December 21, 2007

Salam AidilAdha buat kawan2 SMAASZA...

Assalamualaikum kengkawan... kabare? Kaifa haluka/ki/kum/kunna? :) Atamanna lakum fi sihhatin tamaman, insyaAllah..

Maalisy jiddan, baru hari ni junie dpt access blog kiter ni semula. Hari tu dapat access sat jer, then cuba2 semula dah x dapat. Bila check ngan IT dept, diorang kata dah block access to any blog nyer site. Frust tul...

Try masuk2 hari ni, (kbtlan ramai bercuti).. alhamdulillah dapat. Tapi baru tau ada gathering esok..junie x balik kampung. Ingat kan nak balik last weekend tp sangkut kat hi-way. Awal bulan la kot baru kami balik..

Dikesempatan ni... nak ucapkan Salam Aidiladha buat kawan semua. Syukur dengan kesempatan yang diberikanNya untuk terus menikmati pemberianNya... jua untuk kita menginsafi erti pengorbanan sebenar disisiNya...

So amacam gathering esok? Baru tau hari ni.. Junie tgh cari tikect flight ni, tapi x tau lagi la caner.. Kalau xder aral, insyaAllah junie join. Tapi Monday kerja.. Initial plan nak gi Pakistan, tapi x jadi. Lagipun last few week junie dah ke HongKong. Maybe next year baru travel lagi.

Okay kengkawan, nak gi makan jap k.. Boring tul hari ni, xder orang kat ofis. Kat department pun tinggal berdua jer... :(

Nanti ada masa junie mencoret lagi.. hopefully diorg x block access lagi..

Ila lliqa'
junie..