Friday, April 3, 2009

Mari menggerakkan minda: Tentang isu PPSMI

Salam..isu PPSMI semakin mendapat perhatian. Ia merupakan isu penting yang melibatkan beberapa generasi akan datang termasuk generasi kini yang dilanda kemerosotan akibat pelaksanaan PPSMI.

Oleh yang demikian, sebagai warga yang peduli tentang nasib bangsa, agama dan tanahair, mari kita menggerakkan minda menyelami apa yang tersirat dan tersurat di sebalik isu PPSMI.

Kumpulan smaasza96'ers terdiri daripada lulusan universiti dan begelar profesional muda termasuk yang bakal bergelar doktor PhD. Jadi sejajar dengan kematangan dan peningkatan usia, jadi elok benar sekiranya kita mengambil cakna tentang isu-isu semasa yang melibatkan kepentingan anak bangsa pada masa akan datang.

Jadi dipersilakan memberi pendapat tentang isu ini agar ia dapat menggerakkan menajamkan minda dan menggalakkan proses berfikirsecara kritis dan kreatif.



Kalau sayang duit RM20 , boleh download kat SINI

Ni forum mengenai PPSMI last yang aku hadir sebelum datang Canada.

Kesimpulan yang diperolehi daripada kajian para tokoh-tokoh dan profesor sains, bahasa, budayawan serta karyawan dan para simpati menunjukkan PPSMI WAJAR DIHAPUSKAN!

Sila beri pendapat!

~peja~

No comments: