Thursday, November 27, 2008

Lanjutan kisah kedai buku di Terengganu

Dipetik dari blog Arief Hakim...Seorang saudagar buku terkenal di KL di bawah tajuk 'posting' blog beliau yang bertajuk:

Pening kedai buku di Terengganu

Pening kedai buku di Terengganu, sampai sekarang tidak ada shopping mall yang beroperasi di Kuala Terengganu. Ini menyebabkan mana-mana kedai yang terfikir untuk membesarkan perniagaan mereka tersangkut.

Rakyat Kelantan lebih bertuah - sudah ada KB Mall yang beroperasi dengan jayanya di Kota Bharu. Malah ada satu lagi yang sedang dibangunkan sekarang, dan katanya akan dianchorkan oleh satu hipermarket gergasi.

Dengan kehadiran mall di KB, 2 kedai buku yang besar sudah dapat satu tapak perniagaan yang sangat baik. Popular Bookstore berdepan dengan satu pemain baru, Kedai buku SMO. Kedua-duanya mencatat jualan yang memberansangkan di KB Mall. Persaingan anatara 2 kedai buku utama ini akhirnya akan memberikan perkhidmatan yang lebih baik kepada pembeli buku di Kelantan dengan pelbagai tawaran dan pilihan terkini. Era jualan buku secara moden sudah sampai di Kota Bharu.

Sebaliknya, pembaca buku di Terengganu masih dinafikan dari menikmati kedai buku besar, lengkap dan moden.

Bangunan KT Mall itu sudah siap, tapi sehingga kini tidak dibuka lagi. Saya sendiri pelik kerana mall itu mengambil masa terlalu lama untuk siap dan dibuka. Dari segi permintaan, saya dengar sudah ada retailer yang mahu membuka kedai disitu. Mustahil pemaju mahu berlambat-lambat kerana itu semua kos kepadanya.

Gosip yang kita dengar, "Ada masalah politik" kata rakan-rakan di Kuala Terengganu.

Kalau benar gossip itu, maka teramat rugi ekonomi di Kuala Terengganu ini. Banyak bisnes yang berpotensi untuk maju, menjana pekerjaan, dan memberikan pelbagai pilihan kepada rakyat Terengganu akan tersangkut. Gangguan politik ini sama sekali tidak membantu perkembangan ekonomi negeri.

Satu-satu harapan kepada pembaca di Terengganu ialah Mesra Mall di kertih. Popular Bookstore sudah beroperasi di situ dan khabarnya menerima sambutan yang sangat baik.
Di sebalik kejayaan popular di Mesra Mall, ada satu supermarket yang sehingga kini tidak dapat membuka pintu walaupun semua papan tandanya sudah naik.

Cerita yang sama saya dengar, "Ada masalah politik"

Walaupun tidak selesai 'masalah politik' di Terengganu ini, ternyata warung tomyamnya maju kedepan dengan memberikan perkhidmatan wifi percuma kepada pelanggannya.

-- Posting dari 'payung biru', Kertih.

*************************************************************************************

Komen:

Bila agaknya Syarikat Smaasza96ers Sdn Bhd akan terbentuk dan buka kedai buku besar menggalakkan orang-orang Terengganu rajin membaca yer..hehe!! (mari kita berangan-angan)

gambar ni menunjukkan salah satu cabaran buka kedai buku di Terengganu, melarang org membaca!...wtf!!

p/s: gambar di ambil di stesen Petronas Chenih, Kemaman sekitar bulan Ogos 08

~peja~

No comments: