Tuesday, November 27, 2007

Artikel di Dewan Kosmik



Alhamdulillah..artikel ke-9 dan terakhir aku untuk tahun 2007 telah terbit dalam Dewan Kosmik bulan Disember, terbitan DBP. Rencana kali ini berjudul Nanoteknologi: Inspirasi Dari Alam yang mengetengahkan idea serta pemikiran abstrak futuristik para saintis sejak zaman berzaman sehingga muncul istilah nanoteknologi pada masa kini. Dapatkan di pasaran 2-3 hari lagi..hihi!!

Monday, November 19, 2007

Tahniah para cikgu!

Salam
Selak-selak sokabar ari nih tengok ramai giler bebudak dapat 5A UPSR..
Setiap tahun ada saja peningkatan dan rekod-rekod baru tercipta.
Untuk geng smaasza96ers yang bergelar cikgu, guru, pendidik, mu'alim,

TAHNIAH UNTUK DIRI ANDA..JASA CIKGU SANGATLAH BANYAK!!

Saturday, November 17, 2007

Pening Gelagat Murid Zaman Sekarang...

Murid : Selamat pagi, Cikgu.

Cikgu : (Menengking) Mengapa selamat pagi sahaja?
Petang dan malam awak doakan saya tak selamat?

Murid : Selamat pagi, petang dan malam Cikgu!

Cikgu : Panjang sangat! Tak pernah dibuat oleh
orang! Kata selamat sejahtera! Senang dan penuh
bermakna.Lagipun ucapan ini meliputi semua
masa dan keadaan.

Murid : Selamat sejahtera Cikgu!

Cikgu : Sama-sama, duduk! Dengar sini baik-baik.
Hari ini Cikgu nak uji kamu semua tentang perkataan
berlawan. Bila Cikgu sebutkan perkataannya,
kamu semua mesti menjawab dengan cepat, lawan bagi
perkataan-perkataan itu, faham?

Murid : Faham, Cikgu!

Cikgu : Saya tak mahu ada apa-apa gangguan.

Murid : (senyap)

Cikgu : Pandai!

Murid : Bodoh!

Cikgu : Tinggi!

Murid : Rendah!

Cikgu : Jauh!

Murid : Dekat!

Cikgu : Keadilan!

Murid : UMNO!

Cikgu : Salah!

Murid : Betul!

Cikgu : Bodoh!

Murid : Pandai!

Cikgu : Bukan!

Murid : Ya!

Cikgu : Oh Tuhan!

Murid : Oh Hamba!

Cikgu : Dengar ini!

Murid : Dengar itu!

Cikgu : Diam!

Murid : Bising!

Cikgu : Itu bukan pertanyaan, bodoh!

Murid : Ini ialah jawapan, pandai!

Cikgu : Mati aku!

Murid : Hidup kami!

Cikgu : Rotan baru tau!

Murid : Akar lama tak tau!

Cikgu : Malas aku ajar kamu!

Murid : Rajin kami belajar Cikgu!

Cikgu : Kamu gila!

Murid : Kami siuman!

Cikgu : Cukup! Cukup!

Murid : Kurang! Kurang!

Cikgu : Sudah! Sudah!

Murid : Belum! Belum!

Cikgu : Mengapa kamu semua bodoh sangat?

Murid : Sebab saya seorang pandai!

Cikgu : Oh! Melawan!

Murid : Oh! Mengalah!

Cikgu : Kurang ajar!

Murid : Cukup ajar!

Cikgu : Habis aku!

Murid : Kekal kami!

Cikgu : O.K. Pelajaran sudah habis!

Murid : K.O. Pelajaran belum bermula!

Cikgu : Sudah, bodoh!

Murid : Belum, pandai!

Cikgu : Berdiri!

Murid : Duduk!

Cikgu : Saya kata UMNO salah!

Murid : Kami dengar KeADILan betul!

Cikgu : Bangang kamu ni!

Murid : Cerdik kami tu!

Cikgu : Rosak!

Murid : Baik!

Cikgu : Kamu semua ditahan tengah hari ini!

Murid : Dilepaskan tengah malam itu!

Cikgu : (Senyap dan mengambil buku-bukunya keluar.)


Murid : (Bising dan melemparkan ruas-ruasnya kedalam) <---------Yang ni saja aku tambah


P/S : Jadi ingat2 lah..tugas guru dah semakin berat..Jangan asyik salahkan guru aje...renung2kanlah!!!

(Bagi menenangkan fikiran... kena lah pergi mancing selalu..ikan je tahu..)

pot luck.... Cadangan Bijak

Aku sangat setuju lah dengan idea nie..dah lame aku tak jumpe n dengar berita geng2 lame smaasza.. rindu sesangat..
Kesempatan ini Ana(B.Arab daa..) nak ucap selamat berkelamin kepada rakan2 yang baru kejinjang pelamin dari Ana sekeluarga(Mery).Semoga kekal keanak cucu. cak pong..cak pong..

Sehubungan itu juga,aku nak ambil kesempatan lah nak ucapkan selamat bercuti kepada rakan2 yang menjadi pendidik di seluruh entero dunia. semoga anak didik anda menjadi bangsa yang berguna. Yahooo..beda bedu..Esok cuti..

P/S: teringin sangat nak jumpa Semek..hehhe

Thursday, November 15, 2007

Pot luck Raya haji

Raya Haji dah dekat...kebanyakan akan balik kampung termasuk aku...sedara- sedari geng smaasza96ers kita mmg kebanyakan dok kt terengganu kecuali mamat pong, Syed,Fahmi dan hasni...
Nak jugak aku jumpa member2 lama, mcm zulhaizad, Gjoe, azmang, Hanapi Idris, Nurhakimah, Maizang, Zarina, Fajri, Fariz , zaleha, kak lah, Juni, zairudi, nur muhammadi ( Madi saudagar itik, Mat Robi, Zul, u name it...aku lupa!!

So kita

GATHERING RAYA HAJI amacam geng?? ada berani?..

idea-idea??

Kita kumpul dalam 30-40 org termasuk yang tak pernah join...

Sapa berani angkat tangan.. ;-)

Tujuan :

. Jumpa kawan-kawan lama

. Meraikan pengantin-pengantin baru

. kenal mengenal

. makan-makan kecil dekat pantai ke, air terjun ke,

ker..ikutlah mana-mana..janji syokk!!..


Sila bagi pendapat dan sebar-sebarkan info!!

p/s; sila plan cuti anda dari sekarang.....sekian peja melaporkan dari Bangi..hehe


Thursday, November 8, 2007

Kembalikan Bahasa Melayu dalam Math & Sains

Sori lah geng..entry kali ni takde kena mengena dengan politik. Tapi sama-samalah kita pakat-pakat fikirkan. Ermm..Dr. Sheikh Muzafar yang dah sampai ke ISS pun belajar Math & Sains dalam BM!!

Guna semula istilah 'bahasa Melayu'
08-11-2007 08:19:34 PM
Oleh FATHI ARIS OMAR

KUALA LUMPUR: Umno Johor mempertikaikan langkah kerajaan menggunakan kembali Bahasa Malaysia, dan mahu bahasa kebangsaan dikekalkan sebagai 'bahasa Melayu'.

"Sebab itu, kadang-kadang kita tukar ikut suka-suka, termasuk namanya. Alasannya, supaya diterima oleh semua bangsa, boleh jadi alat perpaduan negara. Apakah kalau namanya bahasa Melayu, saya ulang, apabila namanya bahasa Melayu, bermakna ia membawa perpecahan?" kata perwakilan dari negeri itu, Dr Mohd Puad Zarkashi di perhimpunan Umno di sini hari ini.

"Tunggu apa lagi? Kembalikan namanya kepada bahasa Melayu."

April lalu, Kabinet memutuskan menukar istilah bahasa Melayu kepada Bahasa Malaysia bagi mengelakkan polemik selain bagi menunjukkan bahasa itu milik semua kaum, dan pertukaran istilah tersebut akan diguna pakai secara rasmi di semua urusan.

Berucap bagi membahaskan usul ucapan dasar presiden di hari kedua, Dr Mohd Puad juga mempertikaikan penggunaan bahasa Inggeris di institusi pengajian tinggi awam (IPTA), termasuk di Universiti Malaya.

"Sekarang IPTA pula turut celaru. Kalau ada seorang sahaja pelajar luar negara dalam mana-mana mata pelajaran, maka kuliah akan diberikan dalam bahasa Inggeris. ... Ditanya kepada Naib Canselor, itu adalah dasar kerajaan, katanya. Ditanya kepada pihak lebih atas, jawabnya itu bukan dasar tetapi amalan universiti berkenaan sahaja," katanya.

"Mana satu yang betul? Janganlah lepas tangan. Lebih buruk lagi kalau baling batu, sembunyi tangan."

Beliau menambah, Universiti Malaya telah mengarahkan 50 peratus subjek di setiap fakulti mesti diajar dalam bahasa Inggeris. "Jika tidak (dilaksanakan), dekan akan dipersalahkan. Bukankah ini ugutan," katanya.

Dr Mohd Puad, yang senator di Dewan Negara, turut membangkitkan kebimbangannya tentang saham Affin Holding akan dibeli oleh sebuah syarikat dari Hong Kong dengan harga RM2.85 sen, lebih rendah dari pasaran RM3.50.

"Kenapa ini dibenarkan berlaku? Apa rasionalnya penjualan ini, di mana mungkin 24% kepentingan Melayu dalam syarikat berkaitan kerajaan (GLC) Affin Holding Bhd, milik Lembaga Tabung Angkatan Tentera, milik perajurit yang banyak berjasa kepada negara akan terlepas kepada syarikat asing," katanya.

Beliau menggesa Bank Negara membatalkan penjualan tersebut jika ia berlaku kerana menurutnya ia bertentangan dengan semangat Dasar Ekonomi Baru.

Selain itu, Dr Mohd Puad juga mengecam Gagasan Gagasan Badan Ekonomi Melayu (Gabem) yang dipengerusikan oleh bekas Ketua Menteri Melaka, Tan Sri Abdul Rahim Tamby Chik, yang dianggapnya gagal memantau dan bertindak terhadap penguasaan syarikat bukan Melayu.

"Jangan nanti Gabem jadi gebeng, (orang) Jawa kata 'biskut'. Kalau direndam di dalam air sejuk, lembik... kalau direndam di dalam air panas, lagi lembik."



Sumberr:Klik SINI

Wednesday, November 7, 2007

Sumbangan untuk Zairudi

Aku boleh jadik wakil hadiah untuk En Zairudi kita.


MAJLIS KENDURI KESYUKURAN PERKAHWINAN
SABTU, 01 DISEMBER 2007
21 ZULKAEDAH 1428H

ANTARA

MOHAMAD ZAIRUDI B. MOHAMAD
VS
WAN NORULFIRDAUS BT. WAN OMAR



BERTEMPAT DI
640 JALAN HOSPITAL, 24000 CHUKAI
KEMAMAN


SMS kat aku (019-9153569) dulu nak sumbang berapa.. aku kira.... pahtu tahu jumlah.. kita decide ramai2.. nak beli apa..


Acc bank CIMB: 1306-0062267- 52-4 ; rosdan ismail
Acc bank Maybank : 1630-1937 4712 : rosneeta wati Abdul Rahman.


lepah bank in duit.. kabor deh...
rosdan

Monday, November 5, 2007

Salam aidilfitri dari kami, Kamaruddin dan keluarga!

Permata hati kami, Nurisma Laila & Nurin Madihah ( yang bukan baju biru sahaja anak aku tau)

My big family..hehe
Keluarga mertua .. :-)

Belum terlambat rasanya untuk kami mengucapkan selamat aidilfitri kepada warga smaasza96ers..mohon ampun dan maaf kerana agak lewat mengirim ucapan..Salam dihulur maaf dipinta, dari kami sekeluarga!! Salam Syawal 1428 H..

Kamaruddin
Mareena ( my wife )
Nurisma Laila ( 1st )
Nurin Madihah ( 2nd )
Shah Alam , Selangor