
~peja & family ( Quebec, Canada )
Dipetik dari blog Arief Hakim...Seorang saudagar buku terkenal di KL di bawah tajuk 'posting' blog beliau yang bertajuk:
Pening kedai buku di Terengganu, sampai sekarang tidak ada shopping mall yang beroperasi di Kuala Terengganu. Ini menyebabkan mana-mana kedai yang terfikir untuk membesarkan perniagaan mereka tersangkut.
Rakyat Kelantan lebih bertuah - sudah ada KB Mall yang beroperasi dengan jayanya di Kota Bharu. Malah ada satu lagi yang sedang dibangunkan sekarang, dan katanya akan dianchorkan oleh satu hipermarket gergasi.
Dengan kehadiran mall di KB, 2 kedai buku yang besar sudah dapat satu tapak perniagaan yang sangat baik. Popular Bookstore berdepan dengan satu pemain baru, Kedai buku SMO. Kedua-duanya mencatat jualan yang memberansangkan di KB Mall. Persaingan anatara 2 kedai buku utama ini akhirnya akan memberikan perkhidmatan yang lebih baik kepada pembeli buku di Kelantan dengan pelbagai tawaran dan pilihan terkini. Era jualan buku secara moden sudah sampai di Kota Bharu.
Sebaliknya, pembaca buku di Terengganu masih dinafikan dari menikmati kedai buku besar, lengkap dan moden.
Bangunan KT Mall itu sudah siap, tapi sehingga kini tidak dibuka lagi. Saya sendiri pelik kerana mall itu mengambil masa terlalu lama untuk siap dan dibuka. Dari segi permintaan, saya dengar sudah ada retailer yang mahu membuka kedai disitu. Mustahil pemaju mahu berlambat-lambat kerana itu semua kos kepadanya.
Gosip yang kita dengar, "Ada masalah politik" kata rakan-rakan di Kuala Terengganu.
Kalau benar gossip itu, maka teramat rugi ekonomi di Kuala Terengganu ini. Banyak bisnes yang berpotensi untuk maju, menjana pekerjaan, dan memberikan pelbagai pilihan kepada rakyat Terengganu akan tersangkut. Gangguan politik ini sama sekali tidak membantu perkembangan ekonomi negeri.
Satu-satu harapan kepada pembaca di Terengganu ialah Mesra Mall di kertih. Popular Bookstore sudah beroperasi di situ dan khabarnya menerima sambutan yang sangat baik.
Di sebalik kejayaan popular di Mesra Mall, ada satu supermarket yang sehingga kini tidak dapat membuka pintu walaupun semua papan tandanya sudah naik.
Cerita yang sama saya dengar, "Ada masalah politik"
Walaupun tidak selesai 'masalah politik' di Terengganu ini, ternyata warung tomyamnya maju kedepan dengan memberikan perkhidmatan wifi percuma kepada pelanggannya.
-- Posting dari 'payung biru', Kertih.
*************************************************************************************
Komen:
petang tadi aku berkesempatan utk pergi ke Tabung Haji Kelana Jaya utk mengucapkan selamat jalan kepada Sedang ... tp gambar x brape clear .. insyaAllah Sedang balik nnti die upload dari camera dier ... marilah kita sama2 doakan semoga Sedang & isteri selamat pergi,selamat pulang dan selamat segala2 nya sepanjang mereka mengerjakan ibadah haji .. insyaAllah mendapat haji yg mabrur ..
salam
Entri ini khusus ditujukan kepada sahabat kita saudara Rosdan bin Ismail dan isteri yang akan berangkat ke Mekah al-Mukarramah pada 9 hb nanti ( if x silap) kerana menyahut panggilan haji. Tahniah kepada Rosdan kerana sudah dicukupkan rezeki dan diberi kesihatan yang baik untuk ke Tanah Suci Mekah. Sedikit lagu!!
Terlebih dahulu, kepada perokok janganlah pula terasa. Ini hakikat yang perlu diterima..
Yer, fakta ini masih boleh dibahaskan oleh ustaz-ustaz kita..Perbincangan terbuka yang matang sangat di alu-alukan!!
*********************************************************************
Mufti Perlis Dr. Mohd Asri bin Zainul Abidin mencadangkan agar wanita yang ingin berkahwin mengutamakan pasangan yang tidak merokok.
Ini berdasarkan Islam menyuruh agar memilih pasangan yang mempunyai pegangan agama dan akhlak yang baik, sementara merokok merupakan unsur yang mencacatkan.
Ini atas beberapa alasan;
Atas alasan-alasan ini dan selainnya, maka saya menasihati umat Islam dan kaum wanita khususnya, menjadikan ‘merokok’ adalah salah satu ciri yang mencacatkan pemilihan dalam menentukan pasangan masing-masing.
KUALA LUMPUR 13 Okt. - Kenyataan Ketua Wanita Gerakan, Datuk Tan Lian Hoe mencerminkan tahap 'kebijaksanaan' yang agak rendah apabila meletakkan orang Melayu di negara ini sebagai pendatang dari Nusantara.
Setiausaha Satu Gabungan Persatuan Penulis Nasional Malaysia (Gapena), Prof. Madya Datuk Zainal Abidin Borhan berkata, ini kerana Malaysia adalah sebahagian daripada lingkungan Nusantara itu sendiri.
"Bagaimana boleh orang Melayu dikatakan pendatang jika asal mereka adalah dalam lingkungan kawasan yang sama?
"Apa yang disebutkan adalah satu konsep yang tidak tepat daripada segi kerangka budaya ilmu dan antropologi malah termasuk juga arkeologi," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.
Jumaat lalu, Lian Hoe yang juga Timbalan Menteri Penerangan memberi peringatan supaya semua pihak tidak melupakan sejarah selain menyamakan asal usul setiap kaum di negara ini.
Beliau berkata: "Orang Melayu datang dari kepulauan Melayu di Nusantara. Orang Cina dari negara China. Orang India dari negara India."
Zainal menjelaskan, kawasan Nusantara boleh dikatakan sebagai wilayah kebudayaan Melayu yang berbeza dengan wilayah kebudayaan Cina atau India.
Justeru katanya, kenyataan Lian Hoe itu hanya menafikan fakta dan merupakan pandangan yang dangkal.
Beliau menambah, kenyataan itu juga seolah-olah mencerminkan seorang pemilik rumah itu adalah pendatang dalam rumahnya sendiri.
Presiden Persatuan Penterjemahan Malaysia, Professor Emeritus Abdullah Hassan pula berkata, Nusantara adalah satu daerah yang besar untuk orang Melayu.
Sempadan yang wujud dalam Nusantara katanya, adalah kesan penjajahan yang membawa kepada kelahiran negara yang memiliki sempadan.
Namun katanya, walaupun kewujudan negara itu menampakkan pengasingan, tetapi ia tetap satu daerah untuk masyarakat Melayu.
"Kita memanglah datang dari pulau-pulau berlainan tetapi kita berpindah-pindah dalam alam kita sendiri," katanya.
Dalam pada itu, Persatuan Pengguna Islam turut menyelar tindakan Lian Hoe itu sebagai boleh mewujudkan suasana tegang antara kaum.
Setiausaha Agungnya, Datuk Dr. Maamor Osman berkata, kenyataan mempersoalkan status orang Melayu sebagai masyarakat peribumi negara ini jelas tidak boleh diterima.
"Beliau jelas tidak menghormati Perlembagaan Persekutuan dan individu seperti ini patut dikenakan hukuman yang lebih tegas.
"Ini kerana dengan kedudukan Timbalan Menteri Penerangan, beliau menabur api perkauman di kalangan masyarakat negara ini," katanya.
Sumber : Utusan Malaysia
~peja~
Assalamualaikum,
Salam Aidilfitri kengkawan...
Quoted from one email sent to me today,
"PCSB KL are looking for the following contract position. Appreciate if u cud assist to forward this email to your friends who are interested before closing date on 15 Oct 2008. Pls forward to me your updated resume to my email address hatta@carimin.com asap. Tx.
Cost Controller (3 pax) base KLCC
1. Degree holder
2. 5 to 8 years experience in Oil & Gas
3. Current & expected salary
4. Latest resume
5. Availability
Project Controller (5 pax) base KLCC
1. Degree holder
2. 5 to 8 years experience in Oil & Gas
3. Current & expected salary
4. Latest resume
5. Availability
Senior Structural Engineer (3 pax) base KLCC
1. Degree holder
2. 5 to 8 years experience in Oil & Gas
3. Current & expected salary
4. Latest resume
5. Availability
Regards, Hatta"
So, anybody interested?
FYI, Carimin Sdn Bhd is one of registered Petronas MSC company.. dont worry... any queries.. calling2 la yer kengkawan..
Ni no junie 019-2828797
Sumber dari Utusan Malaysia: 23/09/2008
Perkara yang tidak membatalkan puasa
Oleh Muhamad Adib Mohamed Saat
Percayakah anda ketika anda berpuasa anda masih boleh melakukan hal-hal berikut?
l. Anda boleh mengorek hidung, telinga dan lain-lain rongga. Sungguh hairan apakah kaitannya mengorek hidung atau telinga dengan berpuasa. Tidak pastilah kalau ada di kalangan kita yang mengorek hidung atau telinga lalu terasa kenyang. Sesungguhnya tiada dalil yang mengatakan batalnya puasa kerana memasukkan sesuatu ke dalam rongga badan. Sekiranya tiada dalil, maka tiadalah hukum makruh atau lain-lain terhadapnya.
lAnda tidak perlu risau untuk berendam di dalam kolam sepanjang waktu di siang hari ketika Ramadan kerana ia tidak makruh dan tidak membatalkan puasa. Lihatlah riwayat hadis yang sahih ini. Seorang sahabat berkata: “Aku melihat Rasulullah SAW mencurahkan air ke atas kepala baginda ketika baginda berpuasa, kerana dahaga atau kepanasan”. (Riwayat Abu Daud: 2365, disahihkan oleh Sheikh Nasiruddin Al-Bani di dalam Sahih Sunan Abu Daud)
lAnda boleh makan walaupun waktu Imsak telah masuk iaitu lebih kurang 10 minit sebelum waktu subuh. Anda hanya perlu berhenti makan apabila diyakini telah masuk waktu subuh. Rasulullah bersabda: “Fajar ada dua jenis, fajar yang apabila ia tiba, haram untuk makan dan dibolehkan melakukan solat (fardu subuh) dan fajar yang apabila ia tiba, kamu tidak dibolehkan melakukan solat (solat subuh) dan dibolehkan makan.” (riwayat Al-Hakim dan Ibn Khuzaimah).
Allah berfirman di dalam Surah Al-Baqarah ayat ke-187 yang bermaksud: Makan dan minumlah kamu sehingga benang putih (waktu fajar) berpisah daripada benang hitam (malam).
Di dalam hadis sahih, Rasulullah bersabda: “Makan dan minumlah sehingga Ibn Umm Maktum mengumandangkan azan.”
Ia sangat baik dan dituntut di dalam agama kita untuk makan di waktu akhir-akhir bersahur berdasarkan hadis yang berikut iaitu, Rasulullah SAW bersabda “Umat aku akan sentiasa kekal dalam keadaan bersederhana dan sempurna selagi mana dia mempercepatkan berbuka dan memperlambatkan sahur.”
lSekiranya anda telah meyakini bahawa telah masuk waktu subuh dan ada lagi makanan atau minuman yang tinggal di dalam mulut anda. Anda boleh menelan dan menghabiskannya tanpa perlu dikeluarkannya dari mulut anda.
lAnda tidak perlu melafazkan niat seperti Nawaitu Sauma Ghadin… kerana Nabi Muhammad S.A.W. tidak pernah mengajarkannya. Niat itu tempatnya di hati. Apabila anda bangun sahur, ia membuktikan anda sudah berniat untuk berpuasa. Jika tidak, buat apa anda hendak bangun bersahur.
lTidak makruh untuk anda menggosok gigi pada siang hari sepanjang bulan Ramadan sama ada dengan kayu siwak atau dengan berus gigi.
lAnda harus makan dahulu makanan dan minuman sekiranya makanan telah dihidangkan sebelum pergi solat Maghrib. Rasulullah SAW bersabda: “Apabila telah dihidangkan makan malam, maka mulakanlah dengannya sebelum kamu menunaikan solat Maghrib dan janganlah kamu tergopoh- gapah ketika makan malam kamu.” (Muttafaq ‘Alaih, lihat Sahih al-Bukhari: 31).
lAnda boleh pergi ke klinik pergigian untuk mencabut gigi, menampal gigi, mencuci gigi dan sebagainya.
lAnda juga dibenarkan mandi dan berenang. Sekiranya anda telah menelan air secara tidak sengaja, maka ia tidak membatalkan puasa. Menurut kebanyakan ulama, berenang dibenarkan ketika berpuasa manakala menyelam tidak dibenarkan kerana ia akan menyebabkan air masuk ke dalam mulut dan hidung lalu sampai ke perut.
lAnda boleh menggunakan wangi-wangian, memakai kanta sentuh atau menggunakan ubat titik ke dalam mata.
lAnda dibenarkan untuk mengambil suntikan yang bermotifkan untuk rawatan dan perubatan. Bukannya suntikan yang mengambil peranan makanan dan minuman iaitu suntikan untuk memberikan tenaga dan kekuatan kepada anda.
lAnda boleh pergi untuk memeriksa dan menderma darah.
lAnda boleh makan dan minum dengan tidak sengaja. Ini berdasarkan suatu hadis yang bermaksud: Umat Islam tidak akan dipertanggungjawabkan atau diampunkan sekiranya melakukan perkara dalam keadaan tersilap, dalam kedaan terlupa dan dalam keadaan terpaksa. (Muttafaq ‘Alaih)
lSekiranya anda tertidur di siang hari dan bermimpi yang menyebabkan keluar air mani, ia tidak membatalkan puasa.
lSekiranya anda melakukan hubungan kelamin dan tidak mandi junub sebelum fajar menyinsing, puasa anda masih sah dan tidak batal dan anda dibenarkan untuk mandi junub selepas waktu fajar.
lSekiranya haid anda tamat pada malam hari, anda boleh berpuasa keesokan harinya walaupun anda mandi junub selepas waktu fajar.
Dalam kedua-dua kes yang di atas, kewajipan mandi junub tetap kekal kepada mereka tetapi berpuasa tidak akan batal dan terkesan dengan ketidaksempatan untuk mandi junub sebelum waktu fajar.
lAnda boleh berciuman dengan suami atau isteri anda ketika berpuasa, tetapi anda perlu mengelakkannya supaya tidak membawa kepada benda yang diharamkan di dalam bulan Ramadan iaitu hubungan kelamin.
Maklumat di atas disebut oleh para ulama seperti Syeikh Yusuf Al-Qaradawi dalam Fiqh as-Siyam, Ibn Hazm, Syeikh Abdul Aziz bin Baz, Syeikh Ibn Uthaymin dan lain-lain.
MUHAMAD ADIB MOHAMED SAAT dari Kulliyyah Undang-Undang Ahmad Ibrahim, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia.
~peja~
Saya membaca sebuah blog seorang warganegara Malaysia berbangsa cina yang menulis kesedihan beliau tentang tuduhan liar yang dilemparkan kepada kaum cina terutamanya di Malaysia seperti bangsa pendatang, warga tidak berterima kasih, bangsa syaitan yang tidak boleh mendengar azan dan menyuruh pulang ke Tanah Besar Cina. Lebih berat lagi tuduhan ini bukanlah dilakukan oleh penagih dadah, mat rempit, pelacur, pengangkang dan pengemis tetapi diluahkan oleh seorang yang berjawatan tinggi dan berpengaruh. Apa reaksi kita sebagai warganegara yang waras dan boleh berfikir secara sihat. Saya tidak lihat perkara sebegini sebagai sesuatu yang sihat dan boleh dibiarkan berlarutan. Kita sedia maklum bahawa
Kita sedar sebagai kaum melayu, kita masih ketinggalan dalam ekonomi, pendidikan dan alam pemikiran yang matang. Jadi apa yang perlu kita buat. Belajarlah dengan mereka yang sudah di hadapan. Janganlah bodoh sombong! Jangan seperti “enau dalam belukar, melepaskan pucuk masing-masing”, pentingkan diri sendiri! Buang jauh-jauh hasad dengki. Ini tidak, lihat sahaja melayu yang berjaya, macam-macam tuduhan dilemparkan.
Berbalik kepada persoalan asas sebagai warganegara
Salam aidilfitri
Maaf zahir & batin
~peja~
Salam gengs,
sempena musim perayaan ni, dan sempena harga barang da naik ni, aku nk promosi product yg aku ada...
http://mhy-bizzhub.blogspot.com/2008/09/mygreenoil-balik-raya-promotion.html
Alhamdulillah, stakat aku, family & rakan2 aku pakai ada kesan nyer ... boleh lah kalau nk cuba ..
Salam Ramadhan & Selamat Hari Raya ...
Hasni
Selamat menyambut bulan ramadan yang mulia kepada seluruh warga smaasza96ers.
Semoga Ramadan membawa keberkatan dan kemuliaan kepada kita..~peja & family~
Quebec City, Canada
15 sept, 3.05 pm
Salam semua,
Jam 10pagi tadi, selamat lah saudara Peja kita berangkat ke Montreal, Quebec City, Canada.. aku igt nk g hantar, tp x dpt larh .. utk makluman kawan2 semua, aku baru selamat menjalani pembedahan appendix minggu lepas ... pembedahan aku yg ke-2 dalam masa 3 bulan .. adehhhh, abeh bocor2 perut ku ini ... masih dlm MC ...
aku mendoakan Faizal sekeluarga selamat pergi dan selamat kembali ... insyaAllah segala apa yg dicita akan dpt dicapai dgn cemerlang .. Amin ...
p.s Selamat berpuasa untuk semua warga SMAASZA96ers
Hasni
Salam rakan-rakan!
Sori lama x update...ada busy sikit!
Insyaallah 1 September pukul 1015 pagi bersamaan 1 Ramadhan, ( kalau diisytiharkan oleh Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja lah), kami sekeluarga akan berangkat ke Montreal, Quebec City, Canada. My otherhalf akan sambung belajar di sana lebih kurang 4 tahun. So kena lah follow bagi support dsbg..
Minggu ini saya sudah mula bercuti dari IMEN-UKM yang terchenta ini...hehe!
Mulai esok atau lusa, internet line umah dah takder, so blog akan diupdate semula selepas talian internet dipasang semula di sana nanti Insyaallah!
Saya mungkin akan lebih aktif mengemaskini life di sana di blog saya sendiri di SINI.
Tahun 1995-96 kt Smaasza dulu, aku suka jugak dengar sahabat-sahabat kita dari group Thanawi seperti Solahuddin, Luqman, Budi, Munir dll perform lagu-lagu dari kumpulan The Zikr seperti Secerah Pawana, Perantau, Seindah Sentuhan Mata dan lain-lain masa ada event apa ntah kat sekolah. Dengan beserban dan berjubah putih serta paluan rebana gedebak-gedebuk aku perhatikan dari jauh dalam dewan sekolah. Best jugak lagu diorang nih. ( Sebelum tu tak tau pun kumpulan The Zikr ni ada)..Sekali aku selak-selak akhbar 2-3 minggu lepas ada ulasan pasal album Nasyid Nostalgia Memori The Zikr oleh Nazrey Johani, ex-Raihan..terus aku ke kedai CD, angkat satu CD dengan harga RM28..
Berbaloi beb..petang-petang jumaat balik dari Bangi ke Pilah melalak dalam keta dengan bini aku layan lagu ni sambil-sambil layan corner maut kt Bukit Putus..perghh...syok siott..naper? x pecayer?..heheheh!!
p/s: sekali sekala layan lagu nasyid ok wat...hhhee
~peja~
Skrg musim durian..Gambar-gambar di bawah (tak termasuk yg last) aku snap masa belasah durian kt Pilah minggu lepas...pheww..sodapppp!
Tergenang air mata membaca ulasan mufti tentang kesan kenaikan harga minyak terhadap orang miskin. Saya copy dari web beliau. (www.drmaza.com) Moga-moga Allah merahmati beliau dan pendokong-pendokong gerakan islah
Saya tertarik apabila membaca membaca kisah al-Imam al-Nawawi (631-676H) yang diminta oleh Raja pada zamannya al-Malik al-Zahir untuk memberikan fatwa bagi mengharuskan Raja mengambil harta rakyat untuk digunakan memerangi musuh yang mengancam negara iaitu tentera Tatar. Tujuan itu pada zahirnya baik kerana mempertahankan negara dari ancaman musuh. Harta itu pun hendak digunakan untuk keperluan jihad.
Namun ramai ulama yang telah dibunuh ketika itu kerana enggan mengeluarkan fatwa berkenaan. Al-Nawawi juga enggan menulis surat sokongan terhadap tindakan Raja Zahir itu sekalipun beliau tahu pengambilan harta itu untuk kepentingan negara juga.
Apabila Raja bertanya kepada beliau mengapa beliau enggan menyokong? Beliau menjawab: Setahu saya engkau dahulunya seorang hamba, tidak mempunyai harta. Kemudian Allah memberikan kurniaan kepadamu lalu diangkat engkau menjadi seorang raja. Aku dengar engkau memiliki seribu hamba lelaki yang setiap mereka memiliki talipinggang daripada emas. Engkau juga ada memiliki dua ratus hamba perempuan, dan setiap mereka memiliki sebekas perhiasan. Jika engkau belanjakan itu semua, sehingga hamba-hamba lelakimu hanya memakai tali pinggang kain, dan hamba-hamha perempuanmu hanya memakai baju tanpa perhiasan, juga baitul mal sudah tiada simpanan wang, harta dan tanah lagi, maka aku akan fatwakan untukmu keharusan mengambil harta rakyat itu. Sesungguhnya yang menolong jihad dan selainnya ialah penyerahan diri kepada Allah dan mengikut jalan nabiNya s.a.w. (lihat: ‘Abd al-Ghani al-Daqar, al-Imam al-Nawawi, 144-145, Damsyik: Dar al-Qalam).
Saya suka dengan jawapan al-Imam al-Nawawi ini. Saya tahu, selepas ini banyak forum-forum perdana, ceramah-ceramah di radio dan televesyen akan memperkatakan tentang kewajipan berjimat cermat. Maka ustaz, ustazah dan penceramah pun –atas pemintaan penaja yang membayar harga ceramah- akan bersungguh-sungguh menyuruh orang-orang bawahan untuk berjimat cermat.
Dalil-dalil pun akan dibaca. Mungkin akan ada ustazah yang mencari cerita-cerita ajaib yang baru untuk dikaitkan dengan bab jimat cermat dan jangan membazir. Mungkin akan ada penceramah yang cuba menangis-menangis –seperti seorang pelakon berjaya yang menerima anugerah- bercerita kepada mak cik-makcik yang kusyuk menonton tentang azab seorang yang membazir ‘nasi lemaknya’.
Datanglah orang-orang kampung mendengar forum perdana dengan basikal atau motosikal sebagai menyahut seruan agar tidak membazir petrol. Adapun penceramah, datuk-datuk pengajur, YB-YB hanya menggunakan kenderaan mewah yang berkapasiti atas daripada 2000cc. Tujuannya untuk mengelakkan pembaziran wang kerajaan yang terpaksa dibayar kepada empunya kenderaan 2000cc ke bawah, lebih tinggi daripada 2000 ke atas.
Maka insaflah mak cik dan pak cik yang barangkali teringatkan tulang ikan yang pernah dibuangnya padahal masih ada sedikit sisa isinya yang melekat. Itulah membazir namanya. Maka, atas keinsafan dan taubat itu, mungkin ada yang akan mula mengurangkan makan nasi lemak daripada sebungkus seorang kepada sebungkus yang dikongsi bersama. Air kopinya yang memang sudah ‘ceroi’ akan ditukar kepada yang warna hitamnya antara kelihatan dan tidak. Maka selamat negara kita ini, disebabkan pakcik dan makcik, pak long dan mak long, pak lang dan mak lang di kampung sudah mengubah gaya hidup mereka.
Jika saya hadir ke forum yang seperti itu, saya ingin bertanya soalan, tapi soalan yang belum ‘dijakimkan’, “apakah agama ini dihantar oleh Allah untuk menghukum manusia bawahan dan menghalalkan yang lain tidur dalam kekenyangan dan kemewahan?”. Sebelum harga minyak naik, telah sekian mereka yang berada di teratak usang itu menjimat makan dan pakai. Saban hari mereka mengira belanja untuk memboleh mereka terus hidup di kala negara dunia belum menghadapi krisis harga minyak.
Saya tidak mahu membicarakan tentang kenaikan harga minyak dari sudut perjalanan ekonomi antarabangsa. Telah banyak pakar-pakarnya bicarakan. Tapi saya ingin bincangkan tentang soal pembaziran dan jimat-cermat. Ya, memang Islam memusuhi pembaziran. Bahkan al-Quran tidak pernah mempersaudarakan antara mana-mana pembuat dosa dengan syaitan, melainkan mereka yang membazirkan.
Allah menyebut dalam al-Quran: (maksudnya): “Dan berikanlah kepada kaum keluargamu, dan orang miskin serta orang musafir akan haknya masing-masing; dan janganlah engkau membazir dengan pembaziran yang melampau. Sesungguhnya orang-orang yang membazir itu adalah saudara-saudara syaitan, sedang syaitan itu pula sangat kufur kepada Tuhannya”. (Surah al-Isra: 26-27).
Demikianlah Allah persaudarakan pembazir dengan syaitan. Kesan pembaziran sangat besar. Lihat negara kita yang kaya dengan berbagai hasil. Sepatutnya kita akan tetap kukuh dan setiap rakyat akan menikmati kekayaan ini dengan adilnya. Namun, disebabkan pembaziran, harta negara yang sepatutnya dapat dimakan puluhan tahun, tetapi surut mendadak dalam masa beberapa tahun.
Maka, yang patut mendapat bantuan dan hak, tidak cukup untuk sampai kepadanya. Barang keperluan pula bertukar menjadi mahal. Pembaziran memusnahkan kehidupan rakyat bawahan dan menghalang hak yang sepatutnya sampai kepada mereka. Maka betapa wajar untuk para pembazir itu dipersaudarakan dengan syaitan. Apatah lagi dalam banyak keadaan, pembaziran itu lahir dari keangkuhan dan kesombongan. Sifat-sifat itulah jua yang menjadi asas kepada kekufuran syaitan.
Soalannya, mengapakah apabila kita membicarakan tentang pembaziran, kita hanya terbayang orang-orang bawahan di kampung ataupun bandar. Jika kita ingin meminta supaya setiap warga negara ini berjimat dan jangan membazir, maka bermulalah daripada atas. Bukan sekadar untuk ‘mengenakan si miskin yang sekian lama telah berjimat dan sudah tidak tahu apa yang hendak dijimatkan lagi. Mengapa kita hanya terbayang rakyat yang berada dalam rumah persendirian dan berbelanja dengan wang poketnya yang sudah lelah?
Kita sepatutnya terlebih meneliti semula bagaimana perbelanjaan yang menggunakan harta negara dan rakyat yang sedang berjalan di istana-istana, kediaman-kediaman rasmi kerajaan di peringkat negara dan negeri?. Apakah wajar di kala ini keraian untuk orang-orang besar sama ada sultan atau menteri begitu mewah? Makanan yang dihidangkan untuk mereka, harga satu meja kadang-kala boleh dimakan oleh ratusan rakyat bawahan. Karpet yang dipijak oleh mereka harganya ribuan bungkusan nasi yang dimakan oleh ‘orang biasa’.
Apakah patut di saat yang sebegini, ada istana atau kediaman rasmi menteri yang hendak ditambahmewahkan? Apakah patut orang-orang besar ini diraikan dengan hiburan atau pertunjukan dan konsert yang menelan puluhan ribu ringgit sempena sesuatu kunjungan mereka. Wang itu, wang negara. Wang itu, wang rakyat.
Apakah dalam masa yang sebegini mereka masih mendapat peruntukan untuk bersantai, bermain golf dan ‘berhiburan’ dengan menggunakan wang rakyat bawahan yang disuruh menjimatkan nasi lemak dan air kopi mereka?. Pembaziran sebegini lebih rapat menjadi saudara syaitan dibanding wang persendirian yang dibelanjakan.
Meminjam falsafah al-Imam al-Nawawi yang saya sebutkan tadi, jika orang atasan telah benar-benar berjimat, maka wajarlah untuk dikurangkan subsidi rakyat. Al-Nawawi telah dibuang negeri kerana enggan bersekongkol dengan perkara yang seperti ini. Namun, jika itu tidak dilakukan, ulama bukan burung kakak tua.
Saya mengambil risiko menulis hal ini. Tanggungjawab di hadapan Allah lebih besar daripada segala-galanya. Para ulama dahulu jauh lebih mulia, tidak dibandingkan kedaifan saya ini. Pun mereka telah menunaikan tanggungjawab al-Amr bil Ma’ruf dan al-An-Nahy ‘an al-Munkar ini. Semoga Allah menimbang tinta para ulama dengan darah para syuhada.
Telah berlaku tahun kesusahan dan kelaparan yang amat sangat di Semenanjung Arab pada zaman Amirul Mukminin ‘Umar bin al-Khattab. Dikenali dengan ‘Am al-Ramadah kerana seakan bagaikan warna ramad atau abu disebabkan kekurangan hujan, warna tanah dan warna kulit manusia yang bertukar disebabkan kekeringan. Ini berlaku pada antara tahun 17H dan 18H selama sembilan bulan.
Amirul Mukminin telah berhempas pulas menguruskan harta negara ketika itu bagi mengatasi kesusahan rakyat. Di samping kecemerlangan pengurusan, yang ingin disebutkan di sini kecemerlangan pendirian dan sikap. Ibn Jarir al-Tabari meriwayatkan bahawa ‘Umar bin al-Khattab tidak memakan pada tahun berkenaan lemak haiwan, susu dan daging sehingga orang ramai dapat memakannya. Barangan makanan berkurangan di pasar.
Pada suatu hari pekerjanya dapat membeli untuknya lemak dan susu namun dengan harga yang agak tinggi. ‘Umar enggan makan bahkan berkata: “Engkau telah menyebabkan lemak dan susu menjadi mahal, sedekahkan keduanya, aku bencikan pembaziran. Bagaimana aku dapat memahami keadaan rakyat jika tidak mengenaiku apa yang mengenai mereka?”. (Al-Tabari, 2/358, Beirut: Dar al-Fikr).
Juga diriwayatkan bahawa suatu hari pada tahun berkenaan disembelih unta lalu dimasak dan dibahagikan kepada orang ramai. Lalu diceduk masakan itu untuk dihidangkan juga buat ‘Umar. Tiba-tiba yang diceduk itu bahagian belakang unta dan hatinya. Lalu ‘Umar bertanya: “Dari mana diperolehi ini?”. Daripada unta yang kita sembelih hari ini. Kata ‘Umar: “Oh! Alangkah buruknya aku ini sebagai pemimpin, jika aku memakan bahagiannya yang baik lalu aku berikan rakyat makan yang sisa” (Ibn Sa’d, al-Tabaqat al-Kubra, 3/312, Beirut: Dar Sadir).
Maka alangkah buruknya seorang presiden, atau sultan, atau raja, atau perdana menteri, atau menteri besar, atau menteri yang makan dengan mewah daripada peruntukan harta negara atau negeri sedangkan rakyatnya dalam kesusahan. Ketika rakyat membilang butiran beras, helaian ringgit untuk persekolahan anak, keperitan membayar sewa rumah, api dan air, sementara mereka yang berkuasa ini pula menghadiri jamuan negara dan negeri itu dan ini.
Bermewahan dengan pertunjukan dan hiburan dari peruntukan wang negara. Kemudian bercuti rehat, tanpa rakyat ketahui apakah kepenatannya untuk rakyat. Kos cuti itu pula ditanggung oleh negara tanpa sebarang pulangan keuntungan buat rakyat. Alangkah zalim! Alangkah keji sikap yang sedemikian rupa.
Saya kadang-kala begitu hairan apabila seseorang dianggap ‘berjiwa rakyat’, hanya kerana makan nasi yang dijamu oleh rakyat, atau masuk ke kampung mendukung anak rakyat untuk beberapa minit bagi membolehkan wartawan mengambil foto. Apakah itu dinamakan berjiwa rakyat?
Jika hendak diiktiraf sebagai berjiwa rakyat, rasailah apa yang rakyat rasai. Orang seperti ‘Umar bin al-Khattab lebih mulia daripada segala keturunan atau pangkat yang ada di kalangan manusia. Kemuliaannya telah diiktiraf oleh Allah dan RasulNya. Dia ahli syurga dengan jaminan Allah dan RasulNya sementara politiknya tidak ada saingan yang menggugatnya. Namun tetap amanah dan jujurnya terhadap rakyatnya. Merasai penderitaan rakyat. Beliau idola kepimpinan kita sepatutnya. Walaupun beliau tidak pernah menyuruh orang menyembah atau menjulangnya, namun beliau dipuja oleh sejarah dan diangkat oleh Allah.
Kenaikan harga minyak menaikkan harga barang. Orang berpendapatan rendah menjadi mangsa. Agama berperanan untuk menyedarkan semua pihak tentang tanggungjawab terhadap rakyat. Dalam keadaan begini, antara perkara pertama yang patut dibentang kepada rakyat adalah pengurusan kemasukan dan pengagihan zakat. Zakat yang mungkin sampai kepada peringkat bilion ringgit di seluruh negara mesti diagihkan secara telus dan bijaksana.
Mengapa masih ada fakir miskin yang bagaikan meminta sedekat kepada pihak yang menguruskan zakat? Mengapa program tv lebih menjumpai si miskin dibanding pihak yang menguruskan zakat? Mengapa zakat masih berbaki dengan begitu banyak setiap tahun sedangkan kemiskinan masih banyak? Mengapa pihak yang menguruskan zakat kelihatan bertambah mewah, sementara yang patut menerima hak kelihatannya bertambah letih dengan keadaan sekarang?
Di masa inilah peranan zakat bagi memastikan setiap yang memerlukan memperolehinya tanpa kerenah birokrasi yang bukan-bukan. Jangan sampai untuk mendapat RM150 si miskin berulang alik berkali-kali dengan tambang sendiri, sementara yang mendakwa amil zakat mengisi minyak kereta dengan wang zakat atas nama amil! Ramai kata kita berjaya menguruskan zakat sebab kutipan yang tinggi. Saya katakan, pengurusan yang berjaya itu bukan sahaja kutipan semata, tetapi juga pengagihan secara telus, bijaksana dan bertanggungjawab.
Dalam usaha kerajaan menangani kemelut ekonomi hari ini, perkara-perkara yang disebutkan ini mestilah dipandang serius. Kejayaan sesebuah kerajaan menghayati penderitaan rakyat akan menjadikan mereka lebih disayangi dan disokong. Jika orang atas mengubah cara hidup, kita akan berkempen untuk semua agar mengubah cara hidup. Jika orang agama disuruh berkempen orang bawahan agar mengubah cara hidup, sementara melupai yang di atas, mereka sebenarnya cuba menjadikan agama sebagai candu agar seseorang melupai masalah yang sebenar.
Lokasi : Sekitar Pantai Rhu 10, Setiu, pukul 6.00-7.00 petang
Ni antara gambar-gambar yang sempat aku 'tangkap' masa balik cuti ke Besut baru-baru ni..
Syok lah lepak-lepak & makan-makan kat sini.
Google AdSense is an ad serving program run by Google. Website owners can enroll in this program to enable text, image and, more recently, video advertisements on their sites. These ads are administered by Google and generate revenue on either a per-click or per-thousand-impressions basis. Google is also currently beta-testing a cost-per-action based service.
Mungkin tak ramai di kalangan kita yang tahu pada tahu 60 tahun dahulu (14-15 Mei setiap tahun untuk lebih tepat) berlaku peristiwa 'Nakba' di tanah Palestin. Nakba bermaksud 'kecelakaan' atau 'malapetaka' apabila 2/3 kaum muslimin dihalau dari tanahair mereka secara sadis oleh pendatang haram Zionis-Israel selepas penjajah Inggeris membenarkan sebuah negara haram Israel diwujudkan di atas tanah Palestin yang menjadi kiblat pertama umat islam.
Ayuh!..Walau dengan apa cara sekalipun, marilah kita sama-sama mengenang dan menyumbang sesuatu kepada saudara kita di sana walaupun dengan sedikit rasa simpati!!
by ..peja
Ucapan Selamat hari Ibu kepada semua Ibu-ibu di seluruh dunia....terutama warga smaasza96ers yg bergelar ibu atau pun akan bergelar ibu... :D
Semoga semua sihat dan dirahmati Allah sentiasa.....
Selamat Hari IBU ..... jasa IBU tak terbalas..berbuat baik lah kepada mereka selagi mereka masih bernyawa..... camana ye ibu kita...sihat ke? dah call ke mereka tanya kabar?
sekadar renungan....
UmmuHakim @ Wan Anie
#################################################################################