Tuesday, October 14, 2008

Tak habis-habis!!

Inilah yang jadi kalau kepimpinan negara lembik, lemah, tak sedar diri dan selalu tidur!

+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

Lian Hoe terus dibidas

KUALA LUMPUR 13 Okt. - Kenyataan Ketua Wanita Gerakan, Datuk Tan Lian Hoe mencerminkan tahap 'kebijaksanaan' yang agak rendah apabila meletakkan orang Melayu di negara ini sebagai pendatang dari Nusantara.

Setiausaha Satu Gabungan Persatuan Penulis Nasional Malaysia (Gapena), Prof. Madya Datuk Zainal Abidin Borhan berkata, ini kerana Malaysia adalah sebahagian daripada lingkungan Nusantara itu sendiri.

"Bagaimana boleh orang Melayu dikatakan pendatang jika asal mereka adalah dalam lingkungan kawasan yang sama?

"Apa yang disebutkan adalah satu konsep yang tidak tepat daripada segi kerangka budaya ilmu dan antropologi malah termasuk juga arkeologi," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Jumaat lalu, Lian Hoe yang juga Timbalan Menteri Penerangan memberi peringatan supaya semua pihak tidak melupakan sejarah selain menyamakan asal usul setiap kaum di negara ini.

Beliau berkata: "Orang Melayu datang dari kepulauan Melayu di Nusantara. Orang Cina dari negara China. Orang India dari negara India."

Zainal menjelaskan, kawasan Nusantara boleh dikatakan sebagai wilayah kebudayaan Melayu yang berbeza dengan wilayah kebudayaan Cina atau India.

Justeru katanya, kenyataan Lian Hoe itu hanya menafikan fakta dan merupakan pandangan yang dangkal.

Beliau menambah, kenyataan itu juga seolah-olah mencerminkan seorang pemilik rumah itu adalah pendatang dalam rumahnya sendiri.

Presiden Persatuan Penterjemahan Malaysia, Professor Emeritus Abdullah Hassan pula berkata, Nusantara adalah satu daerah yang besar untuk orang Melayu.

Sempadan yang wujud dalam Nusantara katanya, adalah kesan penjajahan yang membawa kepada kelahiran negara yang memiliki sempadan.

Namun katanya, walaupun kewujudan negara itu menampakkan pengasingan, tetapi ia tetap satu daerah untuk masyarakat Melayu.

"Kita memanglah datang dari pulau-pulau berlainan tetapi kita berpindah-pindah dalam alam kita sendiri," katanya.

Dalam pada itu, Persatuan Pengguna Islam turut menyelar tindakan Lian Hoe itu sebagai boleh mewujudkan suasana tegang antara kaum.

Setiausaha Agungnya, Datuk Dr. Maamor Osman berkata, kenyataan mempersoalkan status orang Melayu sebagai masyarakat peribumi negara ini jelas tidak boleh diterima.

"Beliau jelas tidak menghormati Perlembagaan Persekutuan dan individu seperti ini patut dikenakan hukuman yang lebih tegas.

"Ini kerana dengan kedudukan Timbalan Menteri Penerangan, beliau menabur api perkauman di kalangan masyarakat negara ini," katanya.

Sumber : Utusan Malaysia

~peja~

No comments: