Sunday, December 30, 2007

Mini (atau mikro) gathering 2007, smaasza96ers


Lambat sikit jenguk blog..lama cuti kat kampung Felda Selasih dan Pilahdelphia (nama lain Kuala Pilah, NS)..hehe..22 Dis, sabtu lepas jumpa geng-geng yang ’sudi’ join meetup geng-geng Smaasza96ers kat A&W Batu Buruk..mula-mula rasa ’excited’ untuk jumpa geng sekelas macam jaq, jijoe, Napi, Juraini, Junie, Fadzailah, Leha, Nira, Ani, Jijoe, Madi, Robi, Fahmie dll.. sanggup aku batalkan gi kenduri kahwin Suhaimi Abd Razak di Kampung Gong Maksom, Alor Lintah Besut semata-mata dah janji kumpul kat Bt Buruk ( aku gi jugok lah keesokan harinya..takpa..masih fresh lagi pengantin baru...hehe) ...Tapi doh tokleh nok wat ape ahh, kebanyakan ada hal masing-masing last minit!!..akhirnya, 4 orang jer yang available...(Sedang, Merry, Wan Ismail, dan aku)..Nasib baik tak proceed kat Pantai Rhu 10 Setiu!! sekali sekala lepak jumpa kawan lama best jugak!! Nak tgk gambar lain klik SINI!!

#########################################################

Hari Selasa 1 Januari 2008 Kuala Terengganu dinobatkan sebagai salah sebuah bandaraya di Malaysia. Aku sebagai anak jati Terengganu turut rasa bangga walaupun aku ‘make ike dan aye’ di Besut, tak seperti penduduk di daerah-daerah lain yang ‘makang ikang dan ayang’..hehe..jangan mara daaa!!

Tiba-tiba aku teringat lukisan kartun dalam Utusan Malaysia beberapa minggu lepas dalam ruangan Senyum Kambing..dialognya lebih kurang berbunyi, “Tahun depan, Kuala Terengganu dah jadi bandaraya, jawab temannya, Harap-harap penduduknya juga mempunyai minda bertaraf bandaraya”..dalam sungguh maksudnya!!

Selamat Tahun Baru 2008,

Semoga tahun-tahun mendatang akan terus diberkati dan dirahmati Tuhan dan dikurniakan rezeki yang melimpah ruah..Ameenn!!

Friday, December 28, 2007

Selamat Tahun Baru

Salam semua,
memandangkan semua tgh syok bercuti agi, shoutbox pon diam membisu .. xpe .. aku pon kalu ble nk bercuti gak ar .. tp belum tiba masanya lagi .. kije byk wooo (ntah ape la keje yg aku buat aku pon x tau) .. rasa nya masih belum terlambat utk mengucapkan selamat hari raya Aidil Adha .. Nxt wk da tahun baru .. 10 Jan plak Awal Muharram .. so, in advance Selamat Tahun Baru jugak ... jgn lupa setkan azam tahun baru (tak kira lar Hijrah or Masihi) .. tulis besar2 tampal dlm bilik tidur supaya kita sentiasa nampak apa yg kita azam kan dan sentiasa igt utk merealitikan azam kita tu ... fikirkan lah azam yang baik utk diri kita, keluarga, agama & negara .. insyaAllah berkat doa & usaha, azam kita akan menjadi kenyataan ...

kat bawah ni aku cuba nk share few points yg aku bace ... nk jd jutawan RM mungkin belum lagi ar tp at least kalau ada thought mcm ni, oke lar .. da kire jutawan ar tu hiks..

******* ******** ******
Minda Jutawan.

1. Pentingkan diri sendiri dulu sebelum orang lain.
2. Orang kaya menghabiskan hidup mereka membeli harta, orang miskin menghabiskan hidup mereka membeli liabiliti atau tanggungan.
3. Wang bekerja utk orang kaya, manaka orang miskin bekerja untuk wang.
4. Orang kaya mementingkan Ilmu pengetahuan, orang miskin menghabiskan masa dengan hiburan.
5. Orang kaya melihat sesuatu dengan nilai, manakala orang miskin menilai sesuatu dengan rupa dan gaya (apa org lain cakap).
6. Orang miskin membuat / membeli sesuatu yang tidak diperlukan untuk menunjuk kepada orang yang tidak mereka suka, manakala orang kaya sebaliknya.
7. Orang kaya tidak bertangguh, orang miskin mempunyai 1001 alasan utk bertangguh.
8. Orang kaya (bekerja, melabur dan berniaga) orang miskin bekerja utk wang sehingga mati.
9. Orang kaya tidak mengejar wang tapi kesenangan, manakala orang miskin sentiasa mengejar wang dan ianya sentiasa satu langkah dihadapan org miskin.
10. Wang hanya satu tools / alat utk org kaya, manakala bg orang miskin wang adalah satu keperluan.
11. Orang kaya tidak beremosi dengan wang manakala orang miskin sentiasa emotional dengan wang.
12. Orang kaya mengkayakan diri sendiri manakala orang miskin bekerja utk mengkayakan orang kaya.
13. Orang kaya melihat sesuatu masalah sebagai peluang baik manakala orang miskin hanya melihat masalah sebagai satu rintangan.
14. Orang kaya selalu berfikir baik dahulu sebelum buruk manakala orang miskin berfikir buruk dulu sebelum baik.
15. Orang kaya "prepare for the worst and hope for the best" , manakala orang miskin "always hope for the best".

Friday, December 21, 2007

Salam AidilAdha buat kawan2 SMAASZA...

Assalamualaikum kengkawan... kabare? Kaifa haluka/ki/kum/kunna? :) Atamanna lakum fi sihhatin tamaman, insyaAllah..

Maalisy jiddan, baru hari ni junie dpt access blog kiter ni semula. Hari tu dapat access sat jer, then cuba2 semula dah x dapat. Bila check ngan IT dept, diorang kata dah block access to any blog nyer site. Frust tul...

Try masuk2 hari ni, (kbtlan ramai bercuti).. alhamdulillah dapat. Tapi baru tau ada gathering esok..junie x balik kampung. Ingat kan nak balik last weekend tp sangkut kat hi-way. Awal bulan la kot baru kami balik..

Dikesempatan ni... nak ucapkan Salam Aidiladha buat kawan semua. Syukur dengan kesempatan yang diberikanNya untuk terus menikmati pemberianNya... jua untuk kita menginsafi erti pengorbanan sebenar disisiNya...

So amacam gathering esok? Baru tau hari ni.. Junie tgh cari tikect flight ni, tapi x tau lagi la caner.. Kalau xder aral, insyaAllah junie join. Tapi Monday kerja.. Initial plan nak gi Pakistan, tapi x jadi. Lagipun last few week junie dah ke HongKong. Maybe next year baru travel lagi.

Okay kengkawan, nak gi makan jap k.. Boring tul hari ni, xder orang kat ofis. Kat department pun tinggal berdua jer... :(

Nanti ada masa junie mencoret lagi.. hopefully diorg x block access lagi..

Ila lliqa'
junie..



Sunday, December 16, 2007

BERITA TERKINI !! gathering smaasza96ers 22/12/07!!


Ini adalah entry hebahan..untuk entry terkini sila skroll down di bawah

LAST MINUTE PUNYA PLAN..
di sebabkan ujan macam x reti-reti nak berenti..hehe

Projek Gathering Raya Haji warga SMAASZA96ers

tempat : A&W BATU BURUK
JAM ; 2.00 PTG ( JGN LEWAT )
TARIKH ; 22/12/2007
HARI ; SABTU



OLEH ITU SESIAPA BERMINAT SILA SAHKAN KEHADIRAN ANDA DI SINI @ DI SEBELAH TUU ( SHOUTBOX COLUMN) @ emel pej88@yahoo.com..

Senarai kehadiran

1. sedang & family ( 102% confirm)

2. peja + family ( 99.99% confirm)

3. wan ani+family ( insyaallah)

4. amry +family ( insyaallah)

5. wan ismail +family ( insyaallah)

6. fahmi+family (insyaallah (97% confirm) sebab dia balik bercuti 3 minggu sehingga 7/1/08)

7. zul+family(insyaallah+wajib hadir..hehe..)

8. jijie+family (wajib hadir)

9. along aka azmahani( insyaallah..bleh??)

10. zairudi +family ( insyaallah hadir, bleh??)

11. samsulisam+family

12. Fadzailah aka kaklah

13. Zaleha

14. Aznira

15. Juraini

16. Jijoe+family

18. Suhaimi+family ( sempat ke tak mamat nih, tgh bz prepare for dia kawen..)

19. Fajri+family

20. Syed + family ( ticket flight dah booking?..hehehhehehhe)

21. ...


22. sila cadangkan nama-nama lain yang takder dlm senarai aku...( kalau ada masa lah..toksah beria hehe)

sekian, laporan dari Bangi.... ;-0

p/s...PERJUMPAAN INI AKAN TERBATAL (KOT) SEKIRANYA KEHADIRAN TIDAK MELEBIHI 8 ORANG ( TAK TERMASUK BAYI DAN WIFE/HUSBAND)...SETUJU?? SILA SEBARAN MAKLUMAT INI KEPADA SEMUA!!

by peja..

Awang Goneng story



Dalam entry dulu Syed ada bercerita pasal buku Growing Up in Terengganu, Awang Goneng..
Hari Isnin minggu lepas aku selak-selak akhbar terpampang ulasan buku pasal Awang Goneng...menurut ulasan tersebut, Awang Goneng ni sebenarnya namanya Wan Ahmad Hulaimi yang lebih 30 tahun menetap di London. Dia tulis buku ini berdasarkan pengalaman beliau membesar di Terengganu dan cuba mengingati kenang-kenangan hidup semasa membesar di Terengganu. Katanya lagi, dia menulis buku ( yang sebenarnya adaptasi dari blog beliau iaitu http://www.kecek-kecek.blogspot.com/ ) sebagai tempat untuk melepaskan gian beliau sebagai penulis yang pernah berkhidmat dengan News Strait Times dan Bernama suatu masa dahulu..

p/s..Memandangkan aku sendiri belum baca dan jumpa buku-buku ni sepanjang aku merayau kat MPH dan Kinokuniya semenjak dua menjak nih, makanya takleh lah nak bagi komen lebih-lebih..Mungkin buku ini baik untuk kita yang semakin hari semakin jauh dengan bahasa,dialek, kebudayaan, sopan santun serta budi bahasa turun temurun warisan rakyat Terengganu..sekadar untuk mengenang kembali...segalanya mungkin!!

Sedikit petikan dari blog kecek-kecek

A conversation can sometimes be spun around the word duduk, shortened to dok —

Deramang sees his friend Jusoh coming down the road. [Translation below]

Deramang: Hor guane mung le ning, mung duduk duane?

Jusoh: Dok ssitu lah lagi, dah nak gi duane?

Deramang: Anak mung Mbong tu guane gamok? Dia dok duane?

Deramang: Ada dok ccokoh ssitu lah lagi, denge aku.

Jusoh: Dia dok buak ape le ning?

Deramang: Dok ggitu lah, dah nak buat guane, dok dak jjuruh haroh ggitulah, macang dulu. Mung guane?

Jusoh: Dok ggitulah jugok, nde poteng, nde poteng, tak dak satu ha.

Deramang: Dah orang ppuang mung guane?

Jusoh: Dok ggitulah lagi, nak wak guane?

Deramang: Dah dok berobak denge sape?

Jusoh: Dok berobaklah sikik-sikik, kadang-kadang baik, kadang-kadang dak.

Deramang: Dak leh dok lok ggitu, nati nnarak susoh.

Jusoh: Ada jugok dok ciuk-ciuk sikik. Ni nak gi upor pulok denge tok bomo hak dudok ddarak tu.

Deramang: Ha, moleklah tu. Aku kena gi dah ni, Mbong dok tunggu tu ttepi pata.

'Mengeteh'..Ada berani??


Hehe..gambar kat atas aku 'snap' masa menge'teh dengan my significant other n little gurl kat Kopitiam Seremban Parade minggu lepas..saja nak kasi semangat geng2 lain meetup dan buang masa minum-minum..hehe..

tapi sorilah geng, minggu ni tak sempat rasanya..lepas raya blehh??

Wednesday, December 5, 2007

Dimanaakan kita.. golongan kiri @ kanan

Hasil Petronas, Caj PTPTN &
Subsidi Bagi rakyat
Oleh
Zaharuddin Abd Rahman
www.zaharuddin.net
Kelmarin (25 November 2007) saya ada terbaca satu berita kecil di akhbar perdana, ringkasannya seperti berikut :-
Belum putus hapus kos pentadbiran PTPTN: Mustapa
JELI: Keputusan untuk menghapuskan kos pentadbiran sebanyak tiga peratus yang dikenakan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) akan ditentukan oleh Kementerian Pengajian Tinggi dan Kementerian Kewangan. Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Mustapa Mohamed, berkata perbincangan perkara itu sedang berjalan dan turut membabitkan beberapa pihak lain, sebelum sebarang keputusan dibuat. Beliau berkata, sehingga sebarang keputusan belum dibuat, kerajaan akan mengekalkan kos pentadbiran tiga peratus setahun itu berdasarkan baki pokok bulanan.
"Kerajaan sudah buat kajian pada awal tahun ini mengenai perkara itu dan kita bersetuju mengekalkan caj pentadbiran sebanyak tiga peratus setahun yang dikenakan kepada peminjam. "Bagaimanapun, kita meneliti semula perkara itu dan perbincangan mengenainya mengambil masa kerana membabitkan banyak pihak, khususnya Kementerian Kewangan kerana kita memerlukan peruntukan kewangan besar," katanya.
Ditanya sama ada kerajaan bersedia menghapuskan caj tiga peratus atau mengurangkan caj terbabit, Mustapa berkata: "Penelitian itu belum dimuktamadkan... kajian belum muktamad dan kita tak tahu apa berlaku kerana ia bergantung kepada banyak pihak". (tamat petikan)
Hukum Caj PTPTN
Sebelum ini saya telah menulis fatwa ulama Islam berkenaan hukum caj perkhidmatan dalam pinjaman jenis begini di sekitar tahun 2006 yang lalu. Kesimpulannya, kaedah caj perkhidmatan yang dilaksanakan dengan mengenakan peratusan terhadap jumlah pinjaman yang diberi adalah bukan caj perkhidmatan yang diiktiraf di sisi Islam dan ia adalah Riba yang haram di sisi Shariah. Sila baca berkenaannya di sini Hukum Caj Perkhidmatan PTPTN
Umum juga telah mengetahui bahawa pihak PTPTN sebenarnya meminjam duit dari dana KWSP dengan kadar faedah 5 % (ini juga adalah riba yang diharamkan), lalu apa yang dikenakan oleh PTPTN kepada pelajar iaitu 3 % dikira agak rendah, ini adalah hasil subsidi sebanyak 2 % yang diberikan oleh kerajaan. Namun, riba tetap haram samada banyak atau sedikit, samada redha atau tidak, ia tetap riba yang diharamkan.
Justeru, disebabkan keputusan untuk mengabaikan permintaan pelbagai pihak untuk menghapuskan caj PTPTN masih belum dimuktamadkan, kita berharap lebih banyak pihak termasuk NGO di Negara kita sudi membantu para pelajar Malaysia dengan mendesak pihak berwajib dan berbincang agar caj perkhidmatan tersebut dapat dihapuskan.
Ia amat penting kerana mengelak riba serta merupakan tanggung jawab sosial kerajaan yang sebelum ini mewarwarkan ingin meningkatkan pembangunan manusia.
Isu ini juga telah dibangkitkan sekali lagi oleh rakan pensyarah UIAM dalam artikel beliau di utusan Malaysia pada 25 Okt 2007. Rujuk di sini.

Limpahan Hasil Petronas & Mampukah Malaysia Memberi Biasiswa?
Menurut belanjawan terkini yang disebutkan oleh Kementerian Kewangan, hasil pendapatan Malaysia berjumlah RM 141,790 juta pada tahun 2007. Dari jumlah ini pendapatan dari minyak dan gas sahaja mencecah RM 53,311 juta atau RM 53.3 billion
Jumlah RM 53,311 juta ini tidak termasuk lagi cukai yang perlu dibayar oleh syarikat-syarikat minyak di Malaysia. Justeru jumlah ini mampu meningkat lebih tinggi lagi.
Pendapatan hasil PETRONAS yang berjaya diraih oleh Negara sejak tahun 1974 diwartakan bernilai RM 500 billion, selain itu Menteri Kewangan Kedua juga pernah memberitahu bahawa setiap kenaikan USD 1 kepada harga minyak dunia, kerajaan turut mendapat penambahan pendapatan bersih sebanyak RM 250 juta.
Dalam tahun 2006 pula dinyatakan bahawa setiap kenaikan USD 1 bagi satu barrel minyak akan menambah hasil bersih Negara sebanyak RM 228 Juta. Rujukan di sini.
Kini, harga minyak sudah melebihi USD 80 satu barrel. Bayangkan berapakah jumlah pendapatn bersih darinya. Jika ia ditadbir dengan betul pastinya ekonomi rakyat akan lebih baik dari hari ini. Barangan yang semakin banyak akan naik mengancam golongan berpendapatan rendah dan sederhana.
Kejayaan Singapura dalam membahagikan kekayaannya boleh diambil sebagai contoh, walaupun Singapura Negara pengimport petrol, mereka masih mampu membahagikan sebanyak S$ 2,000-2,500 kepada rakyat miskin dan faqir secara tahunan.
Justeru jika kerajan mengambil keputusan untuk meniadakan subsidi bagi petrol dan yang berkaitan dengan petrol yang dianggarkan berjumlah RM 40-50 billion setahun, kerajaan sudah tentu mempunyai kemampuan untuk memberikan pendidikan percuma atau minimum. PTPTN juga mampu diberi secara biasiswa kembali. Malah di ketika ini juga sepatutnya kerajaan sudah mampu berbuat yang lebih baik dari caj 3 % PTPTN itu.
Kita semua WAJIB berusaha agar index rasuah Malaysia dapat diperbaiki, gejala rasuah yang menular mesti disekat sebelum Malaysia kehabisan simpanan minyaknya. Tatkala itu Malaysia akan menjadi Negara pengimport minyak sahaja. Tanpa pengurusan bebas rasuah, Malaysia dan rakyat di dalam bahaya.
Di ketika itu, sumber pendapatan besar negara akan tergugat, hanya rakyat yang cekap dan berkemahiran sahaja boleh bersaing. Namun, rakyat yang dididik dan dibiasakan hidup atas suasana bisnes berlandaskan rasuah dan komisyen atas angin tidak akan mampu bersaing, kerana mereka tiada punyai sebarang 'skills', yang dipunyai hanyalah kemahiran tercanggih kaedah dan teknik menyogok sahaja. Rujuk tulisan saya ini. Statistik rasuah.
Menurut laporan PETRONAS pada tahun 1 Januari 2007 yang lalu, Malaysia masih mempunyai simpanan minyak sebanyak 3 billion barrel iaitu sekitar 18 tahun lagi dan simpanan gas sebanyak 75 trillion cubic feet (tcf) iaitu sekitar 33 tahun lagi.
Senarai Rujukan fakta di atas :-
1) http://www.eia.doe.gov/emeu/cabs/Malaysia/pdf.pdf
2) http://www.gasandoil.com/goc/company/cns52914.htm
3) http://www.aliran.com/content/view/342/10/
4) http://www.iht.com/articles/ap/2007/06/28/business/AS-FIN-EARNS-Malaysia-Petronas.php

Tol Pula ?
Hari ini juga timbul idea dari Dato Shahrir Abd Samad agar pihak kerajaan membeli saham PLUS expresway Berhad. PLUS kini merupakan satu-satunya pemegang konsesi lebuh raya yang terbesar menguasai lebuhraya Utara- Selatan dan sebahagain besar yang menuju ke Bandaraya KL.
Kata beliau pembelian itu nanti akan menjadikan aset PLUS sebagai aset awam, lalu isu kenaikkan harga tol dan pampasan yang perlu dibayar kerajaan dapat dikaji dan disemak semula sekaligus mampu mengelakkan rakyat dari bebanan kenaikkan wajib kadar tol yang terus berpanjangan. Pada hemat saya, cadangan ia adalah baik dan boleh dikaji lanjut dan diterima demi memberikan kebajikan dan jaminan sosial kepada rakyat.

Tadbir Urus & Info Dari Mufti
Seorang Mufti pernah memaklumkan kepada saya jika PETRONAS mengeluarkan zakat, nescaya majoriti umat Islam akan dapat begitu banyak merasa manfaat dari kekayaan Negara. Sehingga ini mufti tersebut berkata masih belum ada zakat yang dikeluarkan. Wallahu ‘alam.
Tadbir urus pendapatan lumayan dari hasil minyak yang telus dan berhemah akan membawa kebaikan pengurusan sesebuah Negara. Ia dibuktikan oleh Norway yang diwartakan mampu untuk hidup selama 80 tahun tanpa satu sen hasil pun, semuanya hasil kebijaksanaan menggunakan hasil kekayaan Negara.
Ini juga bertepatan dengan anjuran Islam yang mengajar agar berjimat cermat di waktu senang agar waktu susah dapat ditangani dengan lebih baik.
Hal ini pernah disebutkan di dalam kisah Nabi Yusuf a.s. dalam perancangan lima belas tahun yang dilakukannya sebagai jalan keluar daripada krisis yang melanda negara.
Salah satu langkah yang diambilnya dalam perancangan itu ialah mengurangkan aspek kepenggunaan dalam tahun-tahun kemakmuran, di samping menyediakan bahan-bahan makanan yang dapat disimpan untuk menghadapi tahun-tahun kemarau.
Disebut di dalam Al-Quran:
قَالَ تَزْرَعُونَ سَبْعَ سِنِينَ دَأَبًا فَمَا حَصَدتُّمْ فَذَرُوهُ فِي سُنبُلِهِ إِلاَّ قَلِيلاً مِّمَّا تَأْكُلُونَ
Ertinya : Yusuf berkata: ""Supaya kamu bertanam tujuh tahun (lamanya) sebagaimana biasa; maka apa yang kamu tuai hendaklah kamu biarkan dibulirnya kecuali sedikit untuk kamu makan." (Yusuf: 47).
ثُمَّ يَأْتِي مِن بَعْدِ ذَلِكَ سَبْعٌ شِدَادٌ يَأْكُلْنَ مَا قَدَّمْتُمْ لَهُنَّ إِلاَّ قَلِيلاً مِّمَّا تُحْصِنُونَ
Ertinya : "Kemudian sesudah itu akan datang tujuh tahun yang amat sulit, yang menghabiskan apa yang kamu simpan untuk menghadapinya (tahun sulit), kecuali sedikit dari (bibit gandum) yang kamu simpan" (Yusof : 48)
Akhirnya, segeralah tambahkan keberkatan kepada ekonomi Negara, jauhkan diri dari riba, hancurkan rasuah, hemah berbelanja wang Negara dan PETRONAS, keutamaan dalam sektor pendidikan dan pembangunan manusiawi, kembali mewujudkan biasiswa PTPTN.
Sekian
Zaharuddin Abd Rahman
http://www.zaharuddin.net/

Tuesday, December 4, 2007

Kenangan SMAASZA 96

salam semua,
just nk mengisi masa lapang hhuhuh ...
korang ada x barang2 dr sekolah dulu yg korang masih pakai sampai skrg? aku ada!! ini dia ... :

ini lah die key/handkerchief/sapu tangan aku masa skolah dulu dan aku masih pakai sampai skrg ... tp basuh tau!!! jgn igt x basuh lak ... dan yg paling menarik, mat robi yg belikan utk aku (aku kasi duit die g belikan arr) .. kt bus stand .. kedai payang eh name nye?? adehh yg tu aku lupa ... korang plak mcmane? share2 arr eheheh

Monday, December 3, 2007

Rakan bloggers smaasza96 dari aliran Thanawi

Dapat sms dari Matje ( Al-Sheikh Shahrizan al-Besouti..hehe ).. tentang beberapa rakan smaasza96 dari aliran Thanawi.
Antaranya ialah :

Wan Salimi Wan Sulong
http://www.aisaralex.blogspot.com/


Wan Helmy Shahariman Wan Ahmad
http://www.almuthaqqaf.blogspot.com/

Rupa-rupanya kita ( smaasza96ers ) tidak bersendirian!!

Kaifa haa lukum yaa saudara-saudaraku !..sorry...pakcik dah lupo bahasa arab...rugi boto !..
Rasa nak belajar semula lah..