Thursday, December 31, 2009

Merpati sejoli Azman & Fadzailah (2009)



Tahniah diucapkan kepada Azman dan Fadzailah yang baru membina masjid baru baru ini sebagai penutup tirai 2009.

~peja~
p/s..gambar dikirim oleh Azman sebentar tadi...tgk juga gambar2 lain di facebook!

Monday, November 16, 2009

Walimatul Urus ] Azman ALi vs Fadzailah Ali

Salam Semua

Buat kwn2 semua, dijemput ke majlis kenduri kahwin saya & Fadzailah
Ali pada 12 Dec di Felda Neram Satu. Kami akan menikah pada 5 Dec di
Felda Jerangau. Buat sementara ni sy attach soft copy kad jemputan
dulu sebab kad dlm proses dibuat. Nnti kalau doh siap, sy poskan ke alamat
kwn2 semua. Kwn2, sy mintok alamat kwn2 semua....





klik gambar utk besarkan

~peja~ (Tukang Sampai)

Monday, November 2, 2009

[Lawaklaa pulok] Berita ini memalukan rakyat Negeri Terengganu


KUALA TERENGGANU: Memang sukar untuk dipercayai tetapi kini percayalah - bau badan (body odour), adegan seks dan baju tidur yang membosankan (boring pyjamas) telah dikenalpasti sebagai punca kenaikan kadar perceraian di negeri ini.

Untuk itu, Kerajaan Negeri Terengganu sedang merangka satu cara inovasi untuk memperbaiki hubungan kelamin di antara suami-isteri khususnya di kalangan mereka yang baru berkahwin.

Paling utama dalam senarai inisiatif baru ini ialah untuk menjemput syarikat-syarikat kosmetik untuk memperkenalkan bau-bauan yang eksotik yang mampu menimbulkan rasa ghairah.

Malah kerajaan negeri juga ingin mencadangkan supaya pasangan suami-isteri lebih kerap bermandi bersama sebagai salah satu jalan untuk mengukuhkan jalinan mesra mereka.

Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Agama dan Penerangan Negeri Terengganu, Muhammad Ramli Nuh percaya, langkah ini akan mampu mengurangkan kadar perceraian di kalangan masyarakat Islam di negeri ini khususnya di kalangan pasangan muda.

Bercakap kepada akhbar The Star semalam, beliau mendedahkan bahawa apa yang membimbangkan sekarang ialah setiap tiga dari 10 perkahwinan di negeri ini berakhir dengan perceraian.

Beliau menambah, perpisahan kini menjadi satu trend yang sangat ketara di kalangan pasangan yang berusia di antara 25 hingga 30 tahun.

Muhammad Ramli berkata, apa yang mengejutkannya ialah apabila beliau mendapati, pasangan yang telah berkahwin di bawah lima tahun dan kini berada diambang perceraian menyatakan bahawa perlakuan seks yang rutin dan bau badan yang keterlaluan adalah punca utama mengapa mereka hendak bercerai.

Malah beliau juga terkejut apabila dimaklumkan oleh para kaunselor nikah kahwin, yang terdapat juga suami-isteri yang mengadu mereka jemu melihat cara pasangan mereka mengenakan baju tidur yang tidak memberansangkan malah pada kebanyakan masa hanya mengenakan kain sarung dan kemeja t sehingga menjemukan sehingga membawa kepada hilangnya keghairahan untuk mengadakan hubungan kelamin.

“Saya tahu satu kes itu pasangan berkenaan bercerai hanya kerana salah seorang daripadanya mempunyai bau badan seperti keropok ikan,” katanya.

Oleh yang demikian, katanya, kerajaan negeri melalui Lembaga Pembangunan Keluarga Negeri akan meminta bantuan syarikat-syarikat kosmetik untuk memperkenalkan pewangi khas untuk pasangan-pasangan yang bermasalah ini dengan harapan ini akan membantu mengekalkan perkahwinan mereka.

“Saya juga ingin menggalakkan pasangan yang baru bernikah ini supaya mengamalkan mandi bersama kerana saya pernah bertemu dengan satu pasangan dari Kelantan yang masih lagi mandi bersama walaupun mereka telah menjadi datuk dan nenek dan perkahwinan mereka kekal bahagia sehingga ke hari ini,” ujarnya.

Mungkin, katanya, semua pengalaman ini patut dijadikan satu daripada kurikulum yang perlu diperkenalkan kepada pasangan yang akan menghadiri kursus perkahwinan di Negeri Terengganu.

Muhammad Ramli turut menambah bahawa pihaknya juga sedang mencari konsultan yang dapat memberi tunjuk ajar kepada pasangan yang telah berkahwin mahupun yang akan berkahwin bagaimana hendak menghias diri agar kelihatan menarik dan segar mata memandang.


Apa komen warga Smaasza96ers?

~peja~

Friday, October 30, 2009

Facebook lawan Blogspot..sapa menang ?..hehe





Makin lama blog makin slow...besar sungguh pengaruh facebook...hehehe!

Jom ajok saing2 smaasza96ers masuk facebook,,jangan risau lah..dua2 produk Yahudi...kita ambil yang mana ada manfaat :-)

Adios

~peja~

Tuesday, September 15, 2009

REUNION X-SMAASZA 2009 sempena aidilfitri



PENYIMPAN MOHOR BESAR BLOG SMAASZA96ERS MENGUMUMKAN BAHAWA ::

Kepada Kawan-Kawan Dari SM(A) Sultan Zainal Abidin (SMAASZA) Reunion akan diadakan pada hari raya ke-4 (23 September 2009) di Motel Desa, KUALA TERENGGANU

Motel Desa dekat dengan jabatan kimia. Hampir sangat dengan SM (A) Khairiah

Maklumkan juga kepada rakan-rakan yang belum ada blog atau facebook!


p/s: Maklumat ini diperolehi dari facebook senior kita SMAASZA Saudara Wan Abdul Jabbar

~peja~

Thursday, September 10, 2009

Kebanggaan smaasza96ers

salam,

terbaca status Wan Ani smlm (09/09/09)di Facebook, terus tertanya2 nape nak beli Kosmo lak nih? tp bila balik umah smlm lepas kerja, wife aku ckp Wan Anie masuk paper ... terus mencari2 akhirnya terjumpa lah artikel ni (spt di bawah) ... Wan Anie skrg sudah menjadi seorg usahawanita (ada ke perkataan tu? pelik lak bunyi nyer) tahniah Wan Ani!!! Siap ada gambo tu!! Semoga jadi inspirasi kepada rakan2 lain yg nk buat bisnes online ... masyukkkkkkkk....
kawan2,raya ni kita serbu rumah Wan Anie.. anak2 kita ble dpt duit raya byk sket tahun ni muhahahah

berikut adalah artikel dlm kosmo online smlm :

Blog niaga suri rumah

Menjadi suri rumah tidak bererti seseorang itu tidak mampu menyumbang kepada ekonomi keluarga.


ANTARA blog-blog niaga yang dihasilkan oleh suri rumah ini.


TANGGUNGJAWAB sebagai seorang isteri dan ibu memerlukan kebijaksanaan dalam pembahagian masa dan komitmen, terutamanya bagi golongan yang bekerja.

Jika dahulu, ibu yang tidak bekerja digelar suri rumah sepenuh masa dan lazimnya bergantung pada sumber kewangan suami. Tetapi kini, menjadi suri rumah tidak bererti seseorang itu tidak mampu menyumbang kepada ekonomi keluarga. Terima kasih kepada dunia Internet yang penuh dengan 1001 peluang untuk menambah pendapatan.

Bagi Sabariah Mohd Norahim, 31, meninggalkan profesion sebagai jurutera rangkaian komputer di sebuah syarikat multinasional terkemuka di tanah air bukanlah satu keputusan yang mudah untuk dibuat.

Namun keutamaan terhadap keluarga dan keinginan untuk melihat anak membesar di hadapan mata sendiri membuatkan Sabariah tekad meninggalkan dunia pekerjaan itu.

"Sebelum saya buat keputusan untuk berhenti kerja, pelbagai kajian telah saya jalankan tentang wanita yang bekerja dari rumah. Ini termasuklah produk-produk dan perkhidmatan yang lazim ditawarkan dan cara mereka menjalankan perniagaan," jelas Sabariah.

Menggunakan perkhidmatan blog percuma daripada Blogspot.com sebagai platform perniagaan, Sabariah mula membangunkan blog niaga itu sejak Januari 2008 secara sambilan ketika masih lagi bekerja. Blog yang diberi nama Pikoshop ini boleh diakses melalui http://pikoshop.blogspot.com.

Antara produk yang ditawarkan adalah tudung De Zahra dan produk penjagaan badan Victoria Secret. Jelas Sabariah lagi, menjelang musim perayaan, permintaan terhadap produk jualannya meningkat berbanding dengan hari-hari biasa.

Selain itu katanya, permintaan turut bertambah pada musim cuti sekolah kerana ramai yang mahukan produk itu untuk dijadikan hantaran perkahwinan.




Seorang lagi ibu, Salha Md. Zain, 28, turut menjalankan perniagaan secara dalam talian dari rumah. Blog niaga miliknya, Salhazain.com telah beroperasi sejak tahun lalu. Dibangunkan hasil bantuan suaminya yang bertugas di sebuah agensi kerajaan, Salhazain.com menggunakan WordPress sebagai enjin blognya.

Produk utama yang ditawarkan ialah korset wanita keluaran Hai-O Marketing. Blog niaga itu turut menawarkan aneka kuih raya bersempena ketibaan Syawal tidak berapa lama lagi. Namun, bukan hanya pada Hari Raya Aidilfitri, kuih raya Salha turut mendapat permintaan sewaktu perayaan lain seperti Krismas, Tahun Baru Cina dan Deepavali.

Jualan kuih raya menerusi Salhazain.com itu secara tidak langsung membantu ibunya yang sudah lebih 20 tahun berniaga kuih raya di Johor Bahru.

Menggunakan kaedah Online Banking sebagai kaedah pembayaran, Salha berpendapat kaedah itu sebenarnya memerlukan kredibiliti penjual, selain kepercayaan antara kedua-dua belah pihak iaitu penjual dan pembeli.

Menurut Salha lagi, pendapatan hasil jualan kuih rayanya boleh mencecah sehingga RM4,000 sebulan berdasarkan jualan tahun lalu. Jualan korsetnya pula mampu mencecah sehingga RM7,000.

Wan Rohani Wan Ismail, 30, berkongsi sebab yang sama dengan Sabariah kenapa dia bekerja dari rumah secara sepenuh masa. Sebenarnya, dia pernah bertugas sebagai pegawai teknologi maklumat di salah sebuah badan berkanun dan pernah menjadi jurutera di sebuah syarikat telekomunikasi.

"Anak-anak menjadi punca utama mengapa saya tekad untuk berhenti kerja sebagai jurutera pada April 2008 dan memulakan karier sendiri sebagai perunding insurans Takaful.

"Saya berjinak-jinak dengan perniagaan online sekadar untuk memenuhi masa terluang ketika berada di rumah. Akhirnya ia bertukar menjadi serius apabila saya mendapat permintaan daripada pelanggan. Pendapatannya juga agak memberangsangkan," ujarnya.


WAN ROHANI menunjukkan pakaian kanak-kanak yang ditawarkan di blog niaganya.


Blog niaga itu dibangunkan secara rasmi pada tahun 2009 semasa dia sedang sarat mengandung anak ketiga. Pada ketika itu, Wan Rohani banyak menghabiskan masa di rumah. Dia kemudiannya terfikir untuk meraih pendapatan sampingan, selain menjadi perunding insurans Takaful.

Blog milik Wan Rohani yang beralamat di http://comellotecollection.blogspot.com/ itu menawarkan pelbagai jenis pakaian kanak-kanak termasuk kasut.

Sungguhpun masih baru dalam dunia perniagaan Internet, dia mampu meraih lebih RM1,000 sebulan.

Bagi pemilik blog niaga Dechaqner, Liyana Zainal, 28, biarpun perniagaan itu baru dibangunkan beberapa bulan yang lalu secara sambilan, ia terbukti mampu menjana pendapatan tambahan. Menjadikan coklat sebagai produk jualan utama, Liyana mengusahakan pembuatan coklat itu bersendirian.


Sumber : http://kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2009&dt=0909&pub=Kosmo&sec=Infiniti&pg=in_04.htm