Tuesday, April 1, 2008

BOIKOT!!!

[VERSI UPDATE][VERSI UPDATE][VERSI UPDATE][VERSI UPDATE][VERSI UPDATE]#################################################################################

'Fitna': Umat Islam Perlu Muhasabah Diri


( ENTRI INI ADALAH TULISAN SASTERAWAN MUDA SAUDARA FAISAL TEHRANI DARI BLOG BELIAU www.tehranifaisal.blogspot.com)

Marilah kita bersama-sama membantu beliau dalam memperjuangkan agama.Semoga ALLAH merahmati beliau dalam kerja-kerja menegakkan syiar islam!!

SEBELUM anda menunaikan hasrat untuk memulaukan barangan keluaran Belanda, mahukah anda berhenti sejenak dan merenung semula niat anda tersebut? Pastikan apakah tindakan anda tersebut benar-benar didorong oleh akal yang waras, pertimbangan wacana yang tekun dan bukan bertunjangkan emosi dan cakap-cakap orang sahaja? Ini kerana anda perlu tahu yang Islam adalah berasaskan hujah, dan bukan emosi.

Kritikan, serangan dan kebencian kuasa Barat terhadap Islam bukanlah sesuatu yang masih baharu. Seandainya anda meneliti semula dan mencari susur-galur fitnah yang mereka lancarkan terhadap Islam, anda akan menemui antara lain nama mendiang Edward Said, seorang Arab Kristian-asal Palestina yang bertugas di sekian banyak institut pengajian tinggi Barat yang bergengsi. Anda akan menemui hakikat yang digariskan oleh Edward Said, Barat memandang bukan sahaja Islam sebelah mata tetapi seluruh dunia Timur. Dan dengan itu Edward Said memberikan nafas baharu dalam bagaimana melihat sarjana Barat di tengah gulatan pemikiran orientalisme mereka. Kemudian Hassan Hanafi pula menyambutnya dengan membawa penelitian terhadap dunia Barat pula menerusi ‘ideologi’ oksidentalismenya. Mereka ‘melawan’ fitnah Barat dengan kapisiti ilmuan dan kesungguhan wacana.

Untuk anda yang memerlukan kefahaman mendalam mengenai subjek ini, anda perlu mengetahui pertamanya, motif sebenar ahli parlimen Geert Wilders yang memuat naik filem pendek berjudul Fitna di internet. Keduanya, anda perlu pula mengetahui isi filem Fitna tersebut sebelum memutuskan samada perlu memberi reaksi secara berakal atau beremosi. Ketiganya, anda perlu memutuskan bentuk muhasabah sebagai satu strategi untuk berdepan dengan fitnah-fitnah lain dari Barat.

Motif – adalah jelas Wilders, seorang ahli parlimen jalur kanan (konservatif kristian) mencari perhatian secara murahan. Perdana Menteri Belanda, Jan Peter Balkenende sendiri menolak filem tersebut. “Kami percaya ia tidak bertujuan apa pun melainkan untuk membuat kacau. Namun, sekalipun berasa terganggu, itu tidak dapat dijadikan alasan untuk melakukan kekerasan dan ancaman.”

Motif murahan Wilders ini misalnya lagi terpancar pada kata-kata pemimpin umat Islam Belanda, seorang warga Belanda berketurunan Arab-Maghribi, Brahim Bourzik. Beliau memberitahu agensi berita Reuters yang ‘Fitna bukanlah sebuah filem. Ia hanya suatu propaganda’. Tambah beliau lagi, ‘Kita telah melihat semua elemen ini sebelum ini. Tiada apa yang baharu.’

Untuk anda yang belum pernah menonton Fitna. Anda perlu mengetahui bahawa Fitna benar-benar bukanlah sebuah filem yang mengandungi seni filem secara teratur atau rasmi. Fitna hanyalah kutipan-kutipan klip filem, foto lama dan ditokok oleh suara latar untuk menghujahkan bahawa Islam adalah agama keganasan. Dan keganasan itu kononnya dipelajari dari al-Quran. Naudzubillah. Untuk anda yang memahami struktur sebenar filem, Fitna bukan filem melainkan sebuah cantuman-cantuman video yang boleh dilakukan oleh penyunting berbakat di mana pun; lantas dimuat naik di youtube.

Tetapi apakah motif sebenar Geert Wilders? Menurut Wilders beliau melakukannya kerana mahu mempertahankan kebebasan Barat yang sedang diancam oleh umat Islam, oleh al-Quran. Menurut beliau, "Filem ini bukanlah mengenai umat Islam, atau mengenai Quran, atau mengenai Islam sebagai agama. Ideologi Islam adalah bertujuan untuk memusnahkan kita, memusnahkan kebebasan yang kita sayangi.” Begitulah tulis Wilders dalam akhbar De Volkskrant.

Nah, sebagai orang yang bebas emosi anda tentu tahu yang pandangan Wilders itu salah bukan? Kerana anda tahu Islam adalah agama kasih-sayang. Anda tahu Islam adalah agama ilmu yang mengajak siapa pun berhujah dan al-Quran itu sendiri sebagai mukjizat besar adalah sebuah hujah yang kuat. Anda tentu tidak dapat menyalahkan Wilders kerana dia memang tidak memahami yang al-Quran itu adalah hujah dan manifesto kehidupan dunia akhirat bukan? Tetapi anda dapat menyalahkan diri anda sendiri kerana gagal memahami al-Quran, dan anda mesti bertanggungjawab kerana gagal menjelaskan kepada orang lain, kepada orang seperti Wilders, bahawa al-Quran adalah bukti kewujudan Allah, dan Rasulullah. Ini kerana sekiranya anda tidak beremosi dan menonton Fitna anda akan dapati, Wilders adalah juga seorang mangsa. Mengapa mangsa? Beliau mangsa yang tidak memahami bahawa Islam adalah agama selamat, aman dan makmur, sebuah agama kebajikan, sebuah agama berharapan dunia akhirat kerana beliau seperti anda juga menjadi mangsa salah faham terhadap Islam.

Siapakah yang menyebabkan salah faham ini. Anda? Bukan anda kerana anda adalah umat Islam yang mencintai kasih-sayang, menggemari ilmu, sering mempelajari isi al-Quran (bukan sekadar tajwidnya sahaja tetapi anda memang faham isi al;-Quran, secara tafsirnya juga), anda menggunakan logis kerana Islam tidak mungkin bertentangan dengan logis.

Pendek kata anda memang memahami Islam. Tetapi Islam yang digambarkan dalam Fitna bukan begitu. Islam dalam Fitna, bagaimana? Sekarang saya bawa anda melihat Fitna dari dalam.

Pengisian Fitna – Pembukaan Fitna memaparkan sebuah kitab suci Al-Quran, diikuti klip serangan ke atas WTC di New York pada 11 September 2001. Fitna, sebuah cantuman gambar dan klip selama 17 minit dihantar ke sebuah laman ‘video-sharing website’ iaitu LiveLeak. Fitna kemudian menyorot pula peristiwa pengeboman berani mati di London pada Julai 2005 dan di kota Madrid pada Mac 2004.

Nanti dulu, kata anda. Bukankah perbuatan jahat yang mencemarkan Islam itu dilakukan oleh al-Qaeda? Kumpulan ekstrim Islam yang berfahaman wahabi-salafi? Sebuah kumpulan yang mazhabnya tidak ada bezanya dengan Bahai dan Qadiani. Sebuah mazhab yang diasaskan oleh Barat untuk menyebabkan kekecohan dalam Islam sendiri? Dan bukankah al-Qaeda yang dipimpin Osama bin Laden itu sendiri pernah menjadi juak Barat ketika era perang Afghanistan-USSR?

Jadi, anda tahu bukan, yang Fitna bukan mengenai Islam yang anda kenal. Ia mengenai Islam yang ditafsirkan secara sempit oleh orang sesempit Wilders juga. Ia mengenai sekumpulan umat Islam yang tidak menggunakan akal dan logis, dan menafsirkan al-Quran sesuka hati. Ia bukan mengenai Islam yang anda kenal. Jadi, untuk mengatasi hal ini, supaya tiada Fitna lagi disuguhkan kelak, apakah anda ingin melakukan satu perbuatan boikot produk Belanda yang tidak berhubungan? Atau melakukan pembetulan dari dalam iaitu menolak secara total ekstrimis Islam dan menfatwakan bahawa yang sesat dan yang bukan Islam ialah kumpulan wahabi-salafi yang kebenciannya terhadap umat Islam yang tidak mengikut kehendak mereka dapat dijejaki sejauh sejarah khawarij. Khawarij yang telah membunuh Saidina Ali. Anda dorong pembetulan dari dalam, di mana anda menghujahkan bahawa kumpulan wahabi yang keras dan melihat dunia sebagai Islam-Kafir adalah satu ajaran sesat. Kerana Islam yang anda tahu mengajarkan dunia dibahagi kepada Penindas dan Yang Tertindas. Bukan Islam-Kafir. Ajaran Islam mengajar anda untuk melihat dunia dari kaca mata Penguasa Zalim dan Musthad’afin. Anda segera tahu yang Wilders juga seperti sesetengah umat Islam yang malas belajar, tidak tahu bahawa Saidina Husin iaitu cucu Rasulullah saw sendiri disembelih oleh kumpulan ekstrimis Islam yang motifnya hampir sama dengan puak ultra puritan moden.

Jadi yang mendatangkan fitnah sebetulnya bukan Fitna. Tetapi umat Islam sendiri seperti pendokong al-Qaeda yang sumbernya wahabi-salafi. Wilders? Geert Wilders hanya seorang ahli parlimen Barat yang bodoh, tidak menggunakan akal, tidak ada logis, beremosi yang tidak mahu mempelajari apa isinya Islam, apa isinya al-Quran dan apa ajaran Rasulullah yang suci.
Anda mahu jadi sepertinya?

Nah, sekarang anda menggunakan logis bukan? Logis anda itu didokong oleh ilmu yang luas. Dan bukan lagi emosi seperti si bodoh Wilders.

Selain itu Fitna memaparkan gambar wanita dikenakan hukuman hudud kerana berzina, dan juga klip penyembelihan seorang tawanan Barat yang dilakukan oleh al-Qaeda di Iraq. Ini termasuklah imej karyawan filem Theo van Gogh, yang mati dibunuh oleh kelompok Islam radikal dalam tahun 2004.

Nanti dulu, anda tahu benar yang hukuman hudud hanya berlaku sekiranya syarat-syaratnya cukup. Anda juga tahu yang hudud sebagai hukum Islam dilakukan sebagai satu pencegahan untuk seluruh masyarakat. Bukankah tugas anda untuk meningkatkan kerja dakwah anda bagi menjelaskan Islam bukan begitu, hukum hudud bukan begitu. Tidakkah anda tahu ada menteri kabinet Malaysia yang beragama Islam sendiri anti hudud kerana beranggapan hudud itu barbarik. Apakah Fitna sahaja wajar disalahkan? Apakah Wilders sahaja yang bersalah sedang ada peguam beragama Islam sendiri mendakwa hukum hudud itu kejam?

Fitna kemudian diisi dengan foto beberapa muslim dalam demonstrasi memegang sepanduk "God bless Hitler" dan "Freedom go to hell". Di samping itu ada klip seorang gadis berhijab yang memaki hamun orang Yahudi.

Nanti dulu, anda tidak seperti mereka yang digambarkan dalam Fitna. Anda tahu bezanya antara Yahudi dan Zionis bukan? Tidak semua yahudi pendokong zionis? Dan tidak semua yahudi layak dimaki hamun bukan? Dan anda juga tahu Islam tidak pernah menolak kebebasan, malah mendokongnya, tetapi mengikat kebebasan manusia dengan doktrin akhirat supaya kebebasan sesama manusia itu teratur. Nah, anda yang tahu mengapa tidak bertindak memberitahu? Supaya tiada lagi orang seperti Wilders yang menjadi mangsa salah faham. Supaya tidak ada lagi fitnah sesudah Fitna.

Akhir sekali, anda perlu tahu yang Wilders sangat takut dengan kehadiran Islam. Mungkin dia sangat takut dengan kehadiran Islam ala wahabi yang keras itu. Kerana itulah, dalam Fitna secara tergesa-gesa ditunjukkan pula graf perkembangan umat Islam di Belanda dan seluruh Eropah. Fitna diakhiri dengan bunyi helai-helaian kitab suci al-Quran dikoyakkan. Ada latar di seberang gagang telefon berbunyi: "It is not up to me, but up to the Muslims themselves to tear the spiteful verses from the Koran." Kemudian Fitna membuat kesimpulan: "Stop Islamisation. Defend our freedom."

Anda tahu asas Fitna adalah ketakutan kepada Islam yang dinamai Islamophobia. Tetapi tahukah anda mengapa orang Eropah terlalu takut dengan Islam? Pertama, kerana seperti yang ditunjukkan Fitna – kebebasan mereka akan berakhir dengan Islam. Itu sesuatu yang anda tahu tidak benar dan harus dijelaskan kepada Eropah bahawa Islam tidak mengekang kebebasan tetapi memulangkan semula kebebasan kepada Tuhan. Anda tahu sebahagian Eropah tidak percaya Tuhan, nah itu tugas anda bukan untuk mengukuhkan falsafah dan kefahaman terhadap kewujudan Tuhan yang kita namakan ilmu tauhid supaya anda dapat menjelaskan kepada mereka kelak. Anda perlu menguasai ilmu logis kerana hanya dengan itulah anda akan dapat berhujah mengenai kewujudan Tuhan dan keindahan Islam, dan bagaimana kebebasan yang Islam tawarkan bukan kebebasan murahan.

Kedua, orang Eropah takut kepada Islam kerana Islam yang ditonjolkan oleh umat Islam sendiri penuh dengan kekerasan dan kekejaman. Saddam Hussein yang menyerang Iran dibantu oleh Arab Saudi dan negara teluk lain bukankah orang Islam? Al-Qaeda yang membunuh penganut Islam bermazhab syiah di Iraq kerana mereka dianggap kafir bukankah umat Islam? Dan di sebalik itu; kumpulan Islam liberal yang menyesakkan lagi keadaan di mana mereka mengambil kesempatan untuk meliberalkan Islam di celah kekerasan dan ekstrimisme wahabi-salafi juga adalah fitnah. Penyelesaian yang mereka tawarkan konon menjadi fitnah lain pula. Kumpulan ini seperti juga wahabi-salafi, melakukan tafsiran yang liberal berbanding yang awalnya melakukan tafsiran secara ketat.

Anda mesti tahu yang wajarnya ialah; melakukan tafsiran ke atas al-Quran dengan menggunakan warisan ahlul bait. Kerana Rasulullah saw bersabda: "Sesungguhnya aku meninggalkan bagi kamu dua peninggalan yang jika kamu berpegang padanya tidak akan kamu sesat sepeninggalanku. Salah satunya lebih besar dari yang kedua, iaitu kitab Allah azza wajalla seumpama tali penghubung yang kukuh terentang dari langit sampai kebumi dan keluargaku, ahlil baitku, keduanya tidak akan terpisah satu dengan yang lain hingga bertemu denganku di akhirat, ditelaga Haudh maka perhatikanlah kamu bagaimana kamu sepeninggalku memperlakukan keduanya". Hadis ini diriwayatkan oleh Muslim dan Tarmidzi. Nah anda yang bijaksana, persoalan apa yang ingin dikemukakan oleh baginda apabila menghubungkan ahlul bait Rasulullah saw dengan Al Quran? Kenapakah Rasulullah saw menyebut keduanya tidak akan terpisah sehingga hari kiamat? Apa yang tersirat di sebalik maksud kata-kata Rasulullah saw itu? Sudahkah anda menggalinya? Tidakkah ada kemungkinan yang kerana anda tidak mempedulikan kaitan ini yakni kaitan al-Quran dan ahlul bait Rasul ini telah mendorong wujudnya fitnah zaman berzaman, fitnah lagi dan lagi? Fitnah yang tidak henti-henti? Mungkinkah anda sudah salah ikut selama ini?

Kumpulan Islam liberal adalah fitnah juga yang melahirkan Fitna. Anda jangan lupa yang liberalisme dalam Kristian melahirkan Protestan, dan Protestan inilah yang telah melahirkan sistem apartheid yang menindas di Afrika Selatan. Dan begitulah juga halnya dalam Islam, al-Qaeda itu tidak muncul kerana pemikiran reformasi Sayyid Qutb dan Muhamad Abduh? Ibnu Taimiyyah dan Muhamad Abdul Wahab? Bukankah reformasi dalam agama yang ingin mereka bawa telah membawa petaka? Mereka hanya membawa anda kepada satu dunia yang lebih sempit. Itulah liberalisme. Ia adalah permulaan kepada ekstrimisme

Muhasabah untuk umat Islam menerusi Fitna – Anda kini memahami bahawa Fitna yang dibikin oleh Geert Wilders adalah fitnah ke atas Islam; kerana umat Islam sendiri gagal membetulkan fitnah yang dilakukan oleh sebahagian umat Islam yang kewujudannya sendiri adalah fitnah. Fitna tidak lahir dari ruang vakum. Fitna lahir kerana kebencian terhadap Islam. Anda dan kita semua sepakat tentang itu. Tetapi pernahkah anda tanya mengapa Islam begitu dibenci? Tahukah anda yang Islam dibenci kerana adanya umat Islam yang gagal membawa akhlak Islam yang sebenar.

Kebencian terhadap Islam yang digambarkan oleh Wilders menerusi Fitna adalah kerana berkembangnya fitnah kumpulan ultra puritan dalam Islam. Kumpulan ultra puritan yang dipaparkan dalam Fitna sebagai melakukan pengeboman di New York, London dan Madrid. Kumpulan ultra-puritan yang telah saya singgung beberapa perenggan sebelum ini.

Saya tidak mengatakan hasrat anda untuk memboikot barangan Belanda itu salah. Silalah boikot semahu anda, tetapi sekiranya anda menggunakan akal dan logis tidakkah anda sedar yang tindakan itu hanya bersifat sementara. Hanya bersifat jangka pendek. Hanya mendatangkan kesan sekejap. Mereka akan membuat lagi, kata anda dalam hati kecil.

Jadi, harapan yang anda punya adalah melawan semula. Anda betulkan apa yang tidak betul dalan kalangan umat Islam. Nyahkan dan boikot mereka yang mendatangkan fitnah kepada Islam seperti al-Qaeda, seperti kumpulan Islam liberal. Anda juga wajar meningkatkan kefahaman terhadap Islam sebenar. Mendalami ilmu-ilmu yang ditawarkan oleh al-Quran untuk menjawab kembali Fitna serta ketakutan tidak bersebab terhadap Islam. Galilah Islam menerusi sumber al-Quran, sunnah dan warisan ahlul bait (keturunan Rasulullah saw). Anda juga harus menguasai ilmu seni, katakanlah ilmu seni filem, seni mengarang dan bermacam lagi seni budaya yang nampaknya digunakan oleh orang seperti Wilders, kartunis Denmark dan Salman Rushdie untuk menyerang Islam.

Kesimpulan yang kita dapati dari fitnah yang dikemukakan Fitna ini telah saya huraikan panjang lebar dalam novel saya Tuhan Manusia (terbitan Ameen Publishing 2007). Saya ingatkan anda semula, khususnya anda yang malas. Pertamanya orang Islam lemah dalam urusan ilmu, kerana mereka meninggalkan sumber-sumber ilmu itu sendiri. Akibatnya sesetengah ibadah yang punya falsafah esoterik yang mendalam katakanlah umrah dan haji ini tidak lagi menjadi satu muhasabah, motivasi dan kekuatan dalam kalangan umat Islam melainkan ia menjadi satu ziarah, pelancongan dan upacara permukaan yang sia-sia. Umat Islam menjadi terus lemah.

Keduanya, kemunduran umat Islam ini diburukkan oleh gerakan dari dalam Islam sendiri (yang mungkin ditaja musuh Islam) dengan menjadikan Islam sebuah agama yang sempit dan tidak lagi berkilau seperti puak ultra puritan sehingga dengan sendirinya mereka ini menyuburkan kelompok liberalis seperti pendokong-pendokong IFC yang ramai dalam Parti Keadilan Rakyat dan DAP. Sungguh liberal sehingga tergamak menamakan Salman Rushdie misalnya 'a profound writer'.

Ketiganya dilihat dari luar, Islam hanyalah agama upacara yang tidak kemilau. Padahal Islam adalah sebuah agama yang melibatkan semua ahli masyarakat. Sedangkan Islam penuh dengan prinsip seperti amar makruf nahi mungkar yang membolehkan Islam berdepan dengan apa juga rintangan khususnya globalisasi. Termasuklah globalisasi seperti Fitna ini. Penguasa yang jahat pula mengambil kesempatan untuk menindas. Dan mereka yang berilmu tidak mengambil kesempatan mengajak masyarakat merebut semula hak-haknya.

Dengan Fitna, ketahuilah kerja anda untuk mempertahankan Islam dari dalam begitu banyak!

##################################################################

Utusan Malaysia hari ini melaporkan bahawa segelintir syarikat yang mengeluarkan produk Belanda mulai gelisah dengan perkembangan 'gelombang boikot' umat islam terhadap barangan mereka. Apa yang kita perlu lakukan ialah terus menerus mempromosikan aktiviti boikot ini sehingga mereka yang cuba memfitnah ISLAM sedar akan risikonya. Bayangkan sekiranya lebih 3 bilion umat islam di seluruh dunia memboikot produk import dari Belanda. Mungkin negara 'orange' tersebut akan lingkup!! yahhh!! BOIKOTTTTT!!

############################################################

Mungkin sumbangan kita untuk menjaga maruah dan keagungan AGAMA ISLAM adalah kecil dengan hanya memboikot!! Tapi hanya inilah yang kita mampu buat setakat ini sebelum kalimah LAILAHAILLALLAH betul-betul dapat ditegakkan di atas muka bumi ini.


BOIKOT-PRODUK DARI BELANDA/DUTCH


  1. Dutch Lady - Susu
  2. Ferrero Roche - Coklat
  3. Wall’s - Ais Krim
  4. Ing -Insurans
  5. Planta -Magerin
  6. Lady’s Choice -Magerin
  7. Lipton -Teh
  8. Shell -Minyak
  9. Knorr -Perisa Makanan
  10. Dove -Mandian
  11. Sunlight -Magerin/Pencuci Pinggan
  12. Radiant -Deodoran
  13. Rexona -Deodoran
  14. Ponds -Produk Kecantikan
  15. Kieldsens -Coklat
  16. Slimfast -Produk Pelangsing
  17. Lego -Kismis
  18. Philips -Barangan Elektrik
  19. Duyvis -Makanan Ringan
  20. Gouda -Keju
  21. Robin -Pencuci Lantai/Pakaian
  22. Ariel -Pencuci Lantai/Pakaian
  23. Omo -Pencuci Lantai/Pakaian
  24. Labello -Lip Balm
  25. Pickwick -Teh
  26. Venz -Mentega Coklat
  27. Kinder Bueno -Coklat
  28. Unilever -Syarikat
  29. Dumex -Susu Tepung
  30. Nutricia -Susu Bayi
  31. Sunsilk -Shampoo
  32. Fair & Lovely -Produk Kecantikan
  33. Lux -Mandian
  34. Vaseline -Lip Balm
  35. Cif -Pencuci Lantai
  36. Surf -Pencuci Kain
  37. Wishbone -Pencuci Kain
  38. Doriana - Keju Krim
  39. Bertolli -Minyak Masak
  40. Clear -Shampoo
  41. Breeze -Pencuci Kain
  42. Sun -Pencuci Kain

by peja

Wednesday, March 26, 2008

PESTA BUKU ANTARABANGSA KL 2008

Politik politik jugak..pesta ilmu ni jangan ketinggalan..jommmmm!!





Date: 4th - 13th April 2008
Mon - Thurs: 10.00AM to 7.00PM
Fri - Sun & Public holidays: 10.00AM to 10.00PM
Venue: Putra World Trade Centre (PWTC), Kuala Lumpur, Malaysia



by peja

Sunday, March 23, 2008

Oh Terengganu kiter!

Sultan Mizan Zainal Abidin, Permaisuri Nur Zahirah & Tengku Ismail ( Pemangku Sultan Terengganu)

Lambang Negeri Terengganu Darul Iman


Bendera Negeri
Tokku Paloh

Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang

MB baru??? Datuk Ahmad Said ( Adun Kijal)

Bekas MB baru?? ( Datuk Seri Idris Jusoh, Adun Jerteh)

Inilah antara benda-benda yang bermain di kepala seminggu dua nih di Negeri Terengganu yang tercinta!!

p/s: Khabarnya Ahli Dewan Undangan Negeri Umno yang diketuai oleh YB Rosol Wahid akan memulaukan majlis mengangkat sumpah ADUN Kijal, Ahmad Said (Umno) sebagai Menteri Besar Terengganu di Istana Tamu, Kuala Terengganu, hari ini ( Ahad 23 Mac 2008). Politik di negeri kita bertambah menarik!

by Peja

Monday, March 17, 2008

KALA DIRI DIUJI... KALA LEMAH BERTAKHTA DI HATI

Istimewa buat sahabat2 seperjuangan SMAASZAku...

KALA DIRI DIUJI… KALA RASA LEMAH BERTAKHTA DI HATI

BismillahirRahmaanirRaheem....
Tuhan, kala diri diuji... dalam kerendahan hati....
mohon kekuatan jiwa
mohon ketenangan hati
untuk ku hadapi dugaan demi ujianMU
agar hati ini cekal tetap
~ pasakkan sebidang tabah
~ sakinah di jiwa
agar ku sedari
akui kehambaan & kelemahan diri
jua, agar
~ tiada putus asa dengan rahmatMU
~ tiada keluh kesah beraja di kalbu
~ tetap unggul - meyakini bantuanMU
~ redha - diri ini mutlak milikMU
untuk ku insafi.......
hanya dengan mengingatiMu jiwa kan tenang
*****************************************************************
Lalu kupujuk hati... meyakini..
"La haula wala quwwata illa bilLah"
maka... pintalah dari Tuhanmu....
dengan jalan sabar dan mengerjakan solat
hamparan sejadah cinta tulus buatNya.....
nukilan - arjunie 051206

Thursday, March 13, 2008

Orang Arab pun suka Bahasa Melayu!



Video ini adalah sumbangan rakan kita saudara Asrul Afendi ( thanawi2b a.k.a oretokguru).
Walaupun bahasa melayu yang dituturkan oleh warga arab ini dalam dialek Kelantan, kita wajar berbangga!

by Peja

Wednesday, March 12, 2008

Hati mana yang tidak tersentuh??

Di bawah adalah gambar di Stadium Sultan Muhammad IV, Kelantan sempena Munajat Perdana Rakyat Kelantan pada 7 Mac 2008 pukul 3.30 pagi. ( sehari sebelum 'makhal shakti' bergema di seluruh negara)






Ini antara sebahagian gambar-gambar penting yang menyumbang kepada ranapnya impian BN di Kelantan dan banyak lagi faktor-faktor lain.

Gambar sumbangan Kamarudin Abu Bakar aka Mamat (cuplikan dari emel2 yang tersebar dan dari Kelantan TV

By peja

Thursday, March 6, 2008

Mengundi Kerana Apa?

Salam...

Lepas Peja dah lari tajuk, aku nak patah balik kepada tanggunggjawab kite 2 hari je lagi ni ...

Ceramah oleh serorang Ustaz mengenai seorang pencuri yang dibicara didepan Allah s.w.t di padang Masyhar.

Ditanya oleh Allah s.w.t kepada si pencuri walaupun Allah maha mengetahui akan segala sesuatu yang dilakukan oleh hamba-hambanya, ; " Wahai si polan, kenapa kamu hanya di hukum penjara 3 tahun di atas kesalahan mencuri sedangkan kesalahan yang kamu lakukan mempunyai saksi dan bukti yang nyata dan sepatutnya kamu dikenakan hukuman potong tangan"

Jawap si pencuri, "Wahai Tuhanku, bukanlah aku yang meminta hukuman ini, tapi hukuman ini telah diberikan oleh hakim yang mengadili aku".

Begitulah di mahsyar, masing-masing akan cuba melepaskan diri sendiri dan segalanya akan diadili dengan seadilnya dihadapan Allah s.w.t

Allah s.w.t kemudian memerintahkan hakim tersebut mengadap dan bertanya, " Wahai hakim, kenapa kamu menjatuhkan hukuman tersebut kepada si pencuri ini?" Maka jawab sihakim, "Wahai Tuhanku, sesungguhnya amanah yang diberikan kepadaku ini terbatas dan aku tiada kuasa dan upaya untuk melakukannya." Bertanya lagi Allah s.w.t kepada sihakim, " Maka siapa pula yang memberi kamu akan kuasa itu?" . Jawab sihakim, "Mereka yang membuat akta dan perlembagaan iaitu kerajaan yang di barisi oleh ahli-ahli kabinet negaraku".

Allah s.w.t kemudian memerintahkan pula para-para ahli kabinet dibicarakan, " Wahai kamu semua, kenapa kamu membuat akta dan perlembagaan sedemikian yang bercangah sama sekali dengan hukum Ku?" Jawab ahli-ahli kabinet " Wahai Tuhan kami, sememangnya kami menolak hukum Mu selama kami memerintah dengan memberi berbagai alasan untuk tidak melaksanakannya tapi jangan lah hanya kami di persalahkan kerana kami tidak akan membuat akta yang melawan hukum Mu sekiranya rakyat tidak memilih kami".

Allah s.w.t kemudian memerintah kan semua rakyat yang memilih ahli-ahli kabinet tersebut mengadap dan bertanya dengan penuh kemurkaan "Wahai kamu sekalian, mengapa kamu sekalian memilih mereka-mereka ini yang menolak hukum Ku secara terang-terangan dan memberi berbagai alasan untuk tidak melaksanakan hukum Ku.

Maka jawablah si rakyat dengan ketakutan yang amat dahsyat kerana dimahsyar tidak ada lagi dolak dalih yang dapat digunakan. Ada diantaranya menjawap "Wahai Tuhan Ku, aku memilih mereka kerana dihadiahkan baju dan kain." Ada pula yang menjawap, " Aku memilih mereka kerana ingin kemewahan dan kesenangan dunia.", Selain itu ada yang menjawap "Aku memilih mereka kerana inginkan projek-projek". Ada juga yang menjawab " Aku memilih mereka kerana aku tidak yakin kerajaan yang melaksanakan hukum Islam boleh memerintah". Ada lagi yang menjawap, " Aku memilih mereka kerana tidak yakin dengan undang-undang Islam". Dan yang menyedihkan ada yang menjawab, "Kami memilih mereka kerana di hadiahkan sekampit beras, sekilo gula dan sekilo tepung". Maka dengan murkanya Allah memeritahkan kesemuanya dengan berkata, "Masuk lah kamu semua ke dalam neraka Ku, sesungguh nya azab Ku amat lah pedih dan terimalah balasan siksa diatas apa yang telah kamu lakukan dan dustakan." Nauzubillah.

Pada penutupan ceramahnya, Ustaz tersebut berkata, " Kalau saudara-saudari tidak percaya perkara seperti ini akan berlaku di mahsyar nanti, tunggu lah saya nanti di sana, kalau apa yang saya katakan ini bohong atau dusta semata".

Berlegar di fikiran aku adalah persoalan " AKU MENGUNDI NANTI KERANA APA???

AKU MENGUNDI KERANA ALLAH S.W.T DAN ISLAM.

Kepada saudara-saudariku semua, tanyalah diri masing-masing AKU MENGUNDI KERANA APA??? Tepuk dada tanya IMAN.

Wassalam.