Sunday, October 28, 2007

Rahsia bisnes orang Cina.


Siapa yang berminat dalam dunia bisnes?. Rasanya dalam group smaasza96ers Hasni jaguh dalam bab bisnes. Dan sepatutnya semua orang mempunyai ‘business minded’ sebagai sasaran dalam hidup. Tidak terkecuali aku hehe ( kalau-kalaulah). Jadi buku ini sebagai permulaan.

Buku ini sedikit sebanyak menceritakan perihal dan kaedah-kaedah orang cina berniaga. Selain itu ia memuatkan banyak rahsia-rahsia yang mungkin jarang diketahui oleh kaum lain termasuk melayu bagaimana orang-orang cina mengendalikan bisnes. Kita mungkin pernah mendengar kenapa peniaga Cina boleh ‘survive’ dalam komuniti melayu dan tidak orang melayu sendiri. Apatah lagi melayu berniaga dalam komuniti cina. Tentu mustahil pada pandangan kasar.

Buku ini juga menceritakan tentang konsep ‘bamboo network’ dalam perniagaan yang diamalkan oleh kaum Cina dan juga sifat serta sikap orang Cina dalam menghidupkan perniagaan mereka sehingga di mana-mana pun mereka tinggal,mereka boleh hidup.

Di sebalik kejayaan perniagaan kaum cina dan kekayaan yang dimiliki mereka tang mengatasi kaum bumiputera sendiri, terselit falsafah-falsafah yang diamalkan oleh mereka dalam kehidupan. Pendek kata untuk memahami kenapa kaum Cina sangat berjaya dalam perniagaan, hampir kesemuanya terdapat dalam buku ini.

Kepada yang berminat selamat membaca!!

p/s: penulis buku ini ialah Ann Wann Seng, lahir dalam keluarga cina yang berniaga dan turut memiliki perniagaan sendiri. Beliau berkelulusan Ijazah Sarjana Muda dan Sarjana dalam bidang Antropologi dan Sosiologi, UM. Kini bertugas sebagai Setiausaha Kehormat, Persatuan Cina Muslim Malaysia (MACMA) dan juga Kolumnis Dewan Ekonomi. Beliau juga banyak menulis artikel berkaitan bisnes dan ekonomi bagi terbitan majalah dan akhbar tempatan.

1 comment:

Zamri Mohamad said...

Assalam alaikum Tuan, selepas buku Rahsia Bisnes Orang Cina, sekuel diteruskan dengan buku Rahsia Bisnes Mamak

Sedikit maklumat buku tersebut

Rahsia Bisnes Mamak dilancarkan pada Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2008

Kejayaan besar pelopor bisnes seperti Kayu Nasi Kandar, Pelita Samudera, Habib Jewel. Mydin dan Kumpulan Barkath sering menjadi tanda tanya di kalangan peniaga.

Mereka muncul secara tiba-tiba dengan rangkaian dalam dan luar negara. Ikon-ikon ini dianggap sebagai undefeated tycoon dalam bisnes mereka.

Kejayaan besar bisnes India Muslim sering dicemburui kerana kemampuan mereka menjadikan bisnes sebagai strategi menukar cara hidup pengguna.

Apakah yang menyebabkan bisnes Mamak yang bergerak secara senyap dapat meninggalkan pesaing-pesaingnya jauh di belakang?

Buku ini mendedahkan bagaimana bisnes Mamak diserap menjadi budaya yang diterima oleh masyarakat tempatan dan mencipta kesetiaan di kalangan pelanggan.

Maklumat lanjut http://www.bisnesmamak.wordpress.com