Wednesday, October 31, 2007

Rosdan dn Keluarga-Selamat Hari Raya.

Assalamualaikum kawan2.. Selamat Hari Raya.. Maaf zahir dan batin.. lama dok kirim berita dlm group kita nih.. Nak wak guaner .. Allah tarik masa lapang kejap.. jadik sibuk sungguh 2-3 minggu kebelakangang nie..

Kat Sini attached gambar kami anak beranak masa raya dan anak baru kami... perempuan jugak... Nama Alia Raihana.

Apa pong seronok tengok gambar kawan2 dgn keluarga masing dlm blog baru tu.. tahniah peja. dan kawan yang menjayakan nya.. aku dok reti nok main menda2 gitu.. buta IT sungguh..

Selamat berpusa 6 bagi org2 yang belum cukup 6 hari berpuasa dibulan syawal nie .. semoga Allah memberi kita ganjaran pahala seumpama setahun berpuasa...maaf zahir dan batin dari Rosdan Dan Keluarga..
Rosdan, Rosneeta, Najiha, Raihana.Wassalammm..



Gambar Raya tahun ni.. Amacam... Boleh tahan?.. dah tua dahh...


Anak I yang kedua.. Perempuan jugak.. Nama: Alia Raihana binti Rosdan..


Tuesday, October 30, 2007

Ambo sekeluarga

Salam aidilfitri dari kami
AMry Manzlin
Melissa Saafain ( wife)
Amar Danish (my boy)
Seri Sofea(my daughter)


Gambar hemsem gua..ngeh2!!

Sunday, October 28, 2007

Rahsia bisnes orang Cina.


Siapa yang berminat dalam dunia bisnes?. Rasanya dalam group smaasza96ers Hasni jaguh dalam bab bisnes. Dan sepatutnya semua orang mempunyai ‘business minded’ sebagai sasaran dalam hidup. Tidak terkecuali aku hehe ( kalau-kalaulah). Jadi buku ini sebagai permulaan.

Buku ini sedikit sebanyak menceritakan perihal dan kaedah-kaedah orang cina berniaga. Selain itu ia memuatkan banyak rahsia-rahsia yang mungkin jarang diketahui oleh kaum lain termasuk melayu bagaimana orang-orang cina mengendalikan bisnes. Kita mungkin pernah mendengar kenapa peniaga Cina boleh ‘survive’ dalam komuniti melayu dan tidak orang melayu sendiri. Apatah lagi melayu berniaga dalam komuniti cina. Tentu mustahil pada pandangan kasar.

Buku ini juga menceritakan tentang konsep ‘bamboo network’ dalam perniagaan yang diamalkan oleh kaum Cina dan juga sifat serta sikap orang Cina dalam menghidupkan perniagaan mereka sehingga di mana-mana pun mereka tinggal,mereka boleh hidup.

Di sebalik kejayaan perniagaan kaum cina dan kekayaan yang dimiliki mereka tang mengatasi kaum bumiputera sendiri, terselit falsafah-falsafah yang diamalkan oleh mereka dalam kehidupan. Pendek kata untuk memahami kenapa kaum Cina sangat berjaya dalam perniagaan, hampir kesemuanya terdapat dalam buku ini.

Kepada yang berminat selamat membaca!!

p/s: penulis buku ini ialah Ann Wann Seng, lahir dalam keluarga cina yang berniaga dan turut memiliki perniagaan sendiri. Beliau berkelulusan Ijazah Sarjana Muda dan Sarjana dalam bidang Antropologi dan Sosiologi, UM. Kini bertugas sebagai Setiausaha Kehormat, Persatuan Cina Muslim Malaysia (MACMA) dan juga Kolumnis Dewan Ekonomi. Beliau juga banyak menulis artikel berkaitan bisnes dan ekonomi bagi terbitan majalah dan akhbar tempatan.

Wednesday, October 24, 2007

Wajah terbaru.... :D

Masa raya baru ni sempat lah jumpe sahabat2 yg duk kat trg..... so snap gambo..bleh lah masuk dlm blog ni..tuk org lain tgk skali.....


Gambo ni masa gi jalang moh Along.....to Along..jangan mara arrr...kite share2 deh...


Gambo ni pulok kat A&W Batu Burok..pasal Peja x leh gi....so x dok hok kaum adam nyer....tapi takpe..yg penting buleh jupe member hok memang doh lama x temu.... Siti Zaleha, Fadzailah, Aznira, Wan Rohani & baby Aiesyah.

Sunday, October 21, 2007

Cerita raya!!



Suhaimi ( mcm baru lepas masuk jawi ), Aku ( macam takdok baju lain jah), Wan Semail beraya di rumah Suhaimi...


Ni sorang lagi..Merry or Mrry ( YM ID = mrry03)..

Gambar-gambar aku 'snap' selepas raya..hahha..Merry kata aku dah macam wartawan...kahkahkah..ok aper wartawan smaasza..mwahahahha!!

Mail dan Suhaimi kena get ready lah..raya aji ni bakal menjadi laki orang..hehehe!!

Monday, October 8, 2007

Salam Aidilfitri 1428H/2007 dari kaum kerabat smaasza96ers

Selamat Hari Raya Aidilfitri
Selamat Hari Raya dr kami sekeluarga, buat cikgu-cikgu, ustaz-ustaz, ustazah-ustazah serta kawan2 se smaasza96ers sekalian .. Maaf Zahir Batin ..

Muhammad Hasni B Hj Madzaki
Yuniza Bt Hj Abd Latif
Muhammad Hazeeq Yaqzan B Muhammad Hasni
Muhammad Haseef Yaqzan B Muhammad Hasni



Salam Idulfitri


Salam Ramadhan & Salam Idulfitri

Semoga semua berbahagia dan diberkati Allah sentiasa....jangan terlalu ghairah menyambut raya hingga lupa ramadhan yg bakal ditinggalkan....kerana ramadhan tahun depan belum tentu jumpa... ambillah kesempatan yg ada untuk memohon keampunan drpd Allah.

Ini jer gambo yg ada....lepas raya baru le ada gambo raya....Syed lain le sbb dia dah raya dulu...he he :D

Jemputlah dtg makan2 kat rumah di Kg Pulau Salim pd 17/10 ada kenduri aqiqah Aiesyah dan sepupu2nye yg lain... nak dtg calling2 ler...

Selamat Hari Raya....Maaf jika ada tersilap kata dan tersalah bahasa....

Anuar & Anie
Muhammad Amirul Hakim
Nur Aiesyah Zahrah



Salam Rindu, Salam Raya dari Junie



Assalamualaikum kengkawan...

Erm... lama x jenguk cni, rindu nak jumpa korang semua.. rindu pada Ani, Along, FaZ, KakLah, Da, etc...

Junie minta maaf sangat2 x dapat join kengkawan time buka puasa baru ni. Ani bgtau 20hb ni jumpa semula tapi junie x dapat join jugak. 19hb pi Jakarta, insyaAllah. Anyway, pada kawan2 semua... jemputlah datang beraya kat umah kami. Alamat kami : Junie & Alex, No 9 Jalan Warisan Permai 2/6, Kota Warisan, 43900 Sepang.

(x jauh dengan KLIA & stesyen ERL salak tinggi).

Kami balik Tganu khamis malam jumaat ni. Hubby junie pun orang Kijal gak (sekampung).

Oh ya.. kalo x pun, datang KLCC - calling2 la junie. Junie ngan Petronas Carigali - tower1 KLCC. Ari tu hasni call, junie kat miri. X dapat jumpa. Bila mai cni lagi?

Erm, seronok tengok gambar kengkawan... dengan anak2 comel sungguh. Tahniah dari junie. Kami belum ada rezeki lagi. Sahabat2 seme doakan kami yer..

Okla... di kesempatan ini.. kami nak ucapkan .. Salam Ramadhan & Salam Aidilfitri buat sahabat2 tersayang. Hati2 di jalanraya & semoga ceria sokmo. Ada kesempatan, insyaAllah kita jumpa.


salam,

alex & junie
019-9444808

p/s : Gambar tu actually dah lama gak (kami kawin 2 tahun lebih dah).. sekadar share ngan kawan2. Kebetulan kat dalam PC ni ada gambar kawin jer.. yg lain2 semua xde dalam PC.



Salam Lebaran dari peja & family!!



Selamat menyambut hari lebaran kepada warga Smaasza Batu Buruk, K.T sesi 95-96 dan semua guru-guru yang pernah mengajar kami menjadi seorang 'manusia'..pohon ampun ampun dan maaf sekiranya ada kesilapan!!

Mohd Faizal

Nurisya

Ain Edleen
Bangi, Kuala Pilah, Besut


Salam Aidilfitri dari NZ

Salam Aidilfitri dari kami sekeluarga. Maaf zahir batin. InshaAllah jika ada kesempatan berjumpa lagi..

Syed Mohd Saufi
Norida
Nadia
Arif
Christchurch, NZ 2007

Sunday, October 7, 2007

Buka puasa story!!

Salam...
Alhamdulillah...majlis berbuka puasa geng2 Smaasza96ers berjalan lancar..cuma agak kelam kabut sikit sebab hujan lebat giler petang tadi..tapi syukur alhamdulillah..segalanya selamat!!
Bagi pihak tuan rumah ( aku lah tu hahah), mintak mahap bebanyak lah sekiranya tak dapat memuaskan hati korang dengan pilihan tempat kali nih berbanding tahun lepas..tapi bagi aku, ok sangat dahh..ehheh..
Lebih banyak gambar akan menyusul selepas nih..demmmm!! aku punya digicam habis bateri last-last minute..potong stim betollah..
Terpaksa tunggu Hazizi ( jijie ) send gambar nak upload..sabau yer..Mr Jijie bz tahap gaban !!

Thanks for all..

Ok, this picture save my words!! layannnn!!..

Kehadiran:

1.Peja+wife

2.Hasni+Yuniza (wife)+Hazeeq (Abang) & Haseef (Adik)


3.Kamarudin aka mamat+wife+2 orang anak


4.Zul+wife+anak


5.Jijie+wife+anak+adik pompuan


6.Wan ani+Abg Nuwa+2 orang anak


7.Fazidah+adik dia ( Amrang ek namanya)


ada sesapa tertinggal?..ops nama anak masing-masing korang letaklah sendiri yer..hehehe!!

p/s: G'joe dan Zairudi last minit call x dapat datang..ada komitmen lain..takpa..tahun depan aku chopp awal2...hehe..


Nurin (Mat Pong Jr)

Hazeeq & Haseef (Hasni Jrs)

Nurish (Mat Pong Jr)


Jijies & Family



ni lar makhluk yg selalu dtg lambat wekekek



Monday, October 1, 2007

Iftar ramadhan 2007..

Majlis Berbuka Puasa smaasza96ers

Tarikh : 25 Ramadhan 1428 Hijrah, bersamaan Ahad, 7 Oktober 2007

Tempat : Wisma Kagumas, Bandar Baru Bangi

Jam : 6.00 Petang

Kehadiran yang dah confirm;

1. Peja+wife+tanpa baby

2. Hasni+wife+twin

3. Zul+wife+baby

4. Mat Kamaruddin +wife+baby+baby

5. Jijie+wife+adik+anak

6. Wan Ani+husband+2 orang baby

7. Fazidah + Adik
8. Jijoe + Isteri + baby + baby(kot :D)

Total : 17 orang

**Wan Ismail Golok..( mail ) nak sangat turun jumpa member2 , tapi masalah
transport..so x dapek lah dia..next time katanya
** Zairudi x bawak tunang dia..jauhhh..sorang Perak sorang lagi mana ntahh..
**Zairudi x dapat hadir...ptg tadi dia call emergency katanya ahad nih..boss dia
suruh kerja..

Pakat uar-uarkan kepada ahli lain...

p/s..di bawah gambar buka puasa dan 'meletup' dulu-dulu..sesapa ada koleksi gambar bleh lah post..













Smaasza96ers 1st blog!!




Assalamualaikumm..
Ini adalah percubaan pertama aku untuk create blog/weblog untuk warga smaasza96ers...
Blog ini adalah milik semua!!..dan sesiapa sahaja boleh post/edit/upload dan sebagainya mengikut kehendak atau selera masing-masing dan semua members adalah moderator...jadi selepas ini tidak ada alasan lagi untuk kita tidak bergabung utk menjadi sebuah team yang besar dan kuat...( bila besar macam-macam boleh kita lakukan)
Tanpa buang masa, marilah kita sama-sama memeriahkan kumpulan smaasza96ers atas semangat setiakawan, persahabatan, kenangan dan kecintaan kepada nilai-nilai yang baik..

Chaloss!! Selamat berpuasa!!

p/s Mohon segera diberikan komen dan luahkan isi hati anda di kotak menjerit (shoutbox) sebelah kanan blog...hehe..