Tuesday, July 29, 2008

Layan Nasyid laa pulakk!


Tahun 1995-96 kt Smaasza dulu, aku suka jugak dengar sahabat-sahabat kita dari group Thanawi seperti Solahuddin, Luqman, Budi, Munir dll perform lagu-lagu dari kumpulan The Zikr seperti Secerah Pawana, Perantau, Seindah Sentuhan Mata dan lain-lain masa ada event apa ntah kat sekolah. Dengan beserban dan berjubah putih serta paluan rebana gedebak-gedebuk aku perhatikan dari jauh dalam dewan sekolah. Best jugak lagu diorang nih. ( Sebelum tu tak tau pun kumpulan The Zikr ni ada)..Sekali aku selak-selak akhbar 2-3 minggu lepas ada ulasan pasal album Nasyid Nostalgia Memori The Zikr oleh Nazrey Johani, ex-Raihan..terus aku ke kedai CD, angkat satu CD dengan harga RM28..

Berbaloi beb..petang-petang jumaat balik dari Bangi ke Pilah melalak dalam keta dengan bini aku layan lagu ni sambil-sambil layan corner maut kt Bukit Putus..perghh...syok siott..naper? x pecayer?..heheheh!!

p/s: sekali sekala layan lagu nasyid ok wat...hhhee

~peja~

Wednesday, July 23, 2008

Famili Hanisah Hashim

Haii sahabat..ingat lagi saya tak?

Ogos 2005 dengan hubby Saifulbahri

My son Adam Najwan



p/s: gambar-gambar ini dipost oleh 'peja' setelah dipersetujui oleh Puan Nisah kiter..hehehhe..
Untuk gambar-gambar lain boleh lah ke http://ayniey.fotopages.com

Durian, anyone ?

Skrg musim durian..Gambar-gambar di bawah (tak termasuk yg last) aku snap masa belasah durian kt Pilah minggu lepas...pheww..sodapppp!





Tuesday, July 15, 2008

Debat Anwar-Shabery. Apa kesimpulannya!


Banyak kesimpulannya!

1. Hujan Shabery lemah dan bersifat peribadi

2. Hujah Anwar bernas dan berfakta

3. Shabery tiada karisma sebagai pemimpin

4. Anwar ada karismatik, idealis, memukau

5. Shabery tidak dituduh meliwat

6. Anwar kena tuduh meliwat ( tgk muka tgh berdebat x logik org tua nih boleh meliwat ) MUSTAHIL! Kaki main 'bontot' kelu lidah untuk berdebat!

( Ada sesiapa berani menyanggah dipersilakan! )


p/s: terpulanglah kepada audiens untuk menilai debat sihat ini. Mudah-mudahan Malaysia kekal makmur dan sentosa.

Monday, July 14, 2008

Salam kembali...


Assalamualaikum kengkawan

Erm... lama x jenguk blog... baru minggu lepas masuk ofis then junie amik off...
Cuti2 malaysia... jalan2 kat kelantan... maklum lah x pernah rasa naik keretapi...
Seronok jugak rupanya yer... walaupun jauh.. tp kami amik tren malam...
so ke'jauh'an & ke'lama'annya tak terasa sangat la kan? Baby Puteri pun tido nyenyak jer sepanjang jalan..
Seronok gi sana... stay kat KB, then sewa kereta... siap gi Rantau Panjang & P.Kubor..
Maybe kawan2 Besut dah biasa kot... junie jarang & x biasa sgt ngan Kelantan... so tu yang seronoknya..

Oh ya.. last 3 weeks, I was away for the games.. Pingpong.. kami x dapat juara per target..
Alhamdulillah.. overall EXPRO dpt Naib Johan.. Last year kami Champion..
Target Champion lagi tahun ni (sbb tu buat tanda macam "V" terbalik tu)..
tapi dapat 2nd place jer... uhuk uhuk uhuk uhuk... apa2 pun next year nak bayar hutang...

Erm, sat jer nak mid Rejab dah... sama2 kita rebut peluang yang Allah janjikan k.. insyaAllah